Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, February 9, 2011

Bacaan Wirid Dan Zikir Selepas Solat

Alhamdulillah.. Hari ini mimie ingin berkongsi tentang wirid selepas solat. Mimie rasa ini bagus diamalkan. I'Allah. Jom kita berwirid selepas solat. sekadar berkongsi ilmu. ^^


1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar"

Dalam satu hadith dari Aisyah r.a.
 “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir” .Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.

2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi.




3. Istigfarlah (Astagfirullah hal azim) - 3x
dan baca ayat kursi. 


Dari Tsauban :
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:
“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”


Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:
“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”


Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat.
Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.


“Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”
“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”



4. Ayat Qursi
Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.

5. Membaca surah : Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas dapat menolak sihir.

6. Membaca : 
Tasbih (Subhanallah 10x), 
tahmid (Al-hamdulillah 10x), 
takbir (Allahuakbar 10x)

Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."