Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, February 7, 2011

CERPEN : kerja selepas tamat spm

  Laut yang tenang membiru. Amat mendamaikan. Betul apa yang dikata, laut itu memberi ketenangan pada jiwa-jiwa yang sukar di mengerti. Aku masih ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca,Rasulullah saw amat suka dgn laut,air terjun. Itulah ubat penenang apabila menikmati ciptaan Ilahi.

                      ***
"saya tak ade duit kecil" Aku mula gusar. Risau. 'aduh.habisla aku kena marah dengan bos', gerutu hati aku. Sekarang baru mencecah pukul 5 ptg,namun pelanggan yang datang hari ini semuanya menyediakan pembayaran dengan duit yang agak besar. Jumlah  harga murah tapi bagi duit RM100. Seperti baru mendapat gaji agaknya. Entah ke berapa kali aku terpaksa masuk ke dalam untuk menukar duit.
"Lepas ni,kalau ada yang datang lagi beritahu dia duit kecil takde. dah habis. baru semalam saya bank-in. faham tak?"

                   ***

     "Hai,takkan kedai besar macam nie takde duit kecik kot!!" Berdesing telinga aku apabila seorang lelaki berusia masih remaja ini menyindir. diperlinya pula aku! Sudahlah tadi bos macam nak marah aku,ini lelaki memang mahu cari pasal sahaja dengan aku.

"Kalau ada bank negara kat sini,tapi ramai orang macam awak, habis jugak duit kecik. Harga murah tapi bagi duit RM100. maaf. takde duit kecik.." Dia ini memang sengaja buat aku dingin petang-petang begini. Rasa geram kutahan dalam. Boleh pula dia berlagak tidak tahu. seperti meminta penyepak sahaja tersengih-sengih  seperti kerang busuk! Baru dua hari kerja,sudah ade yang mencari pasal dengan aku. Dia tak tahu lagi aku punya penyepak ini boleh campak dia ke seluruh Kg merchang. sudah. aku menapak melarikan diri ke dalam. Aku cuba berhenti berurusan dengannya. Mana mungkin aku melayani muka seposen seperti dia. makin naik rasa menyampah. hilang pula tahap sabar. langkahan selaju yang mungkin berhasil akhirnya.
                    ***
"Hai,kenal saya lagi tak? nak nombor fon boleh? awak boleh panggil saya Danish. awak baru lagi kat sini kan? tak pernah nampak pun awak sebelum nie?" Entah siapa pula. Berani betul dia menganggu aku yang sedang letih ini. sengaja mencari penyakit. Aku berjalan lurus seoalah tiada siapa bercakap denganku. Mataku terbayangkan rumah. Hati aku tidak sabar untuk bersapa dengan katil.Terbayang-bayang tilam aku yang empuk dan berspring. Selera tidurku meninggi. semejak aku kerja , terasa betul dengan masa. tiada masa rehat untukku. sebelah pagi sudah terpaksa bangun lebih awal untuk ke kursus lesen, sebelah petang pula masaku di habiskan untuk pergi ke  kerja. Penat begitu terasa. timbul juga rasa ingin berhenti dahulu kerja ini sementara menunggu waktu betul-betul stabil untukku mendapat rehat secukupnya. Mulanya ku fikir apabila sudah habis SPM aku boleh bersantai seketika untuk meluang masa dengan TV, bermain-main ,merasai nikmat rehat dan santai. NAmun tragedi bertukar seperti masa memburu aku. kadang kala terasa bagai di kejar oleh kereta api. Tapi aku dapat gaji. Agak lumayan. Ini lah wajah sebenar yang aku cari dari diri aku. berdikari dan mencari tahu bagaimana mana susahnya ayah aku cari duit untuk keluarga. begini rasa rupanya. Masya-Allah. semoga ayahku seorang yang tabah.

"sombongnya.."Tersentak aku.
"kau nak ape?aku penat la.aku nak balik!
"kejap la...kita kenal2 dulu.awak nie garang tol la!tak elok taw anak dara garang macam nie..nanti tak der lelaki yang nak masuk meminang"
"Hey,suka hati la..kau sibuk sangat kenapa? bencilah kau ni. menyampah! baik kau jangan ganggu aku..kalau tak aku report kat abang aku" Terkontang-kanting budak tu lari.tu la sape suruh gatal sangat.menyampah betul lah kat sini. Ramai betul org seprti dia  di sini. hai, bagaimana aku ingin setabah ayah.

                    *** 
    Masih panjang lagi masa untuk aku menunggu Result  SPM keluar. Sungguh benar. Penantian suatu penyiksaan. Aku tidak dapat mengagak berapa keputusan yang bakal keluar nanti. Masih terbayang akak mimipi ngeriku pada mimgu lepas. Mimpi yang cukup nyata menunjukkan resultku tersangat sedit. Namun kurang jelas di ingatan ku berapa yang aku dapat dalam mimpi ngeri tersebut. Aku sedar bahawa aku bukanlah seorang pelajar yang best student di sekolah. Namun aku masih menaruh harapan. Tidaklah terlalu tinggi. Andai bukan straight 'A' sekalipun, harapanku cuma adalah terbaik dari segi usaha yang telah aku susah payah buat selama ini. Itu sudah memadai. mendapat semua A+ bukanlah harapan aku.Itu terlalu tinggi. Hati ini tiba-tiba sahaja teringat sahabat-sahabat lama di sekolah. kawan sekelasku, zahira, Munirah , Amini, Wahyuni, dan ramai lagi rakan sekelasku di kelas 5um. Indahnya sekolah. Hati terasa seperti ingin mengundurkan semula masa. Ingin kembali pergi sekolah. Banyak masa kami berkongsi bersama, bermain, bergelak ketawa dan berkongsi ilmu sama-sama. Diriku terasa sedikit menyesal akan perbuatan lalu. Dahulu, semasa sedang beraktiviti di sekolah, aku asyik berangan untuk cepat tamat sekolah. Fikirku bosan dgn peraturan sekolah yang wajib di ikut. Sekarang barulah aku sedar bahawa peraturan sekolah itulah yang mendisiplinkan aku.
                     ***
    "Erm..penatnya hari ini.."hati kecilku mengeluh. Bila di fikirkan semula. Semuanya memang salah aku. Baru sahaja selesai menghabiskan peperiksaan SPM namun dalam tempoh dua hari aku sudah ditawarkan dengan sebuah pekerjaan. Silap aku terima tanpa berfikir panjang tentang tawaran itu. Mungkin aku terlalu teruja. Namun, perkara yang sudah terjadi tidak baik untuk di kenang. Tidak guna jika menyesali sesuatu kejadian. Malah tumbuh pula rasa ingin menyalahkan takdir Ilahi. Dan kalau aku ingin berhenti kerja, sudah tentu ibubapaku melarang dan membebel padaku. Aku sebetulnya tidak gemar mendengar kutukan mereka berkisarkan tentang aku. Aku manja? Oh, aku tidak boleh menerima perkataan itu. Apa lagi aku di tuduh manja. Aku bukan budak manja. Dan aku sangat suka meneroka. Semua itu kerja abang aku. Dia yang menghias nama aku dengan perkataan itu. Memang hobinya begitu. Sengaja mencabar diri aku. Kerana ingin membuktikan kebolehanku jadi terpaksalah aku terus bersabar dengan kerja ini walaupun aku penat di sini. Namun di hati ini muncul sedikit perasaan pelik. Hari ini aku tetap rasa penat walaupun tidak ramai pelanggan yang datang ke kedai ini. Mungkin penatku ini  disebabkan kegiatanku yang baru pulang dari Institut Belajar Memandu di Ganda petang tadi. Aku baru sahaja sampai ke rumah namun selang 20minit, aku terpaksa pergi ke kerja pula. Menurut saintis mimie 'robot mana yang tidak rosak kalau tidak di beri off sekejap?'. Semua adalah salah aku sendiri. Menerima kerja terlalu awal. Aku perlu menaggungnya sendiri. Aku tersenyum sendiri. Senyumku terhent. pandanganku tertumpu pada sekeliling. Kosong? Pelanggan terlalu sedikit muncul ke sini. Hal ini mengganggu fikiranku.

"kenapa asyik sikit saja pelanggan ni?aneh btol."akhirnya hatiku bersuara juga setelah sekian lama berlagu sesuatu yang tidak sedap. Namun pabila ku fikir balik. Tiada apa yang aneh sekiranya sekarang adalah musim hujan. orang pasti sukar berjalan. Apalagi bagi yang mungkin perlu berkongsi payung. Namun kalau musim terus begini..pasti khidmat aku disini akan tiada. Aku juga tidak akan diperlukan lagi. Hatiku berharap agar kejadian yang bermain difikiranku ini tidak berlaku. Bagaimanapun, aku perlu bersedia dari sekarang. Bak kata org sediakn payung sebelum hujan..

       "woi..!!! bos panggil tu.." tersentak aku dibuatnya. Nasib baiklah aku tiada penyakit jantung. kalau tidak,boleh mati terkejut aku di sini. Aku mengurut dada. Menahan sabar. Biasalah. anak buah kesayangan bos. sedikit berlagak. Aku malas melayan budak tu. makin lama hatiku rasa semakin meninggi pula rasa menyampahku tehadapnya. Aku meninggalkan dulu isu menyampah padanya. Sekarang yang bermain dalam kotak fikiranku adalah tentang panggilan bs itu tadi. Kenapa pula bos memanggil aku? Gerun pula rasanya pabila difikirkan.

        "Ya,bos. ada apa bos panggil saya?"
        "Ermm..pertama sekali saya nak meminta maaf sebab terpaksa memberhentikan awak kerja..kerana kedai saya ada masalah kewangan sedikit atas kekurangan pelanggan sejak akhir-akhir ini. biasalah bisnes. Ada rugi, dan ada untungnya. Lagipun bila pelanggan kurang, seorg pekerja sudah memadai..". Aku tersenyum. Sudah kuagak akan perkara ini.
        "ok..saya faham..bos."perasaanku bercampur baur. gembira, sedih, dan bebas, semuanya bercampur menjadi satu. Sebentar tadi aku cuma terfikir sahaja. Tidak tahu pula hal ini akan menjadi kenyataan. Aku gembira mungkin kerana terfikirkan aku akan dapat tidur sepuasnya nanti. Sedih pula mungkin kerana sudah tiada lagi gaji untukku. Bebas sebab dah tiada lagi bebanan pekerjaan, tiada lagi kes masa tidak cukup dan tiada lagi gangguan lelaki gatal. Namun begitu, reaksiku di depan bos cukup bersahaja. Biasa dan tenang. Biarpun bergelut dengan perasaan gembira dan tidak kurang juga sedih.
         "Maafkan saya. Apepun..tahniah kerana awak telah berjaya memberi komitmen yang tinggi kepada kerja. saya sangat yakin dengan sikap awak, awak akan dapatkan pekerjaan yg lebih baik." katanya yakin.
          "Thanks bos. Saya buat biasa-biasa saje bos.err.. ini puji lebih-lebih ni kena ada extra gaji ni..hehe.." Sengaja aku bergurau dengan bos aku. Tidak mahu menegangkan lagi suasana. Siapa tahu, dapat sagu hati. Aku asyik sahaj berangan. Bagaimanapun pesana ayahku tidak pernah ku lupa. Ayahku pernah berkata setiap kerja yang kita buat mesti kena ikhlas. Sesibuk mana pun kita, jangan dilupa pada solat. Perlu untuk kita ingat pada yang memberi rezeki adalah Allah. Jadi, kita kita tidak boleh tinggalkan suruhanNya.Walaupun gaji yang kita dapat sedikit, tapi itulah yang nikmat. Apa guna duit yang banyak kalau tidak mendapat keberkatan Allah. Hidup ini sia-sia sahaja. Duit banyak tapi selalu tidak cukup. Aku akui kebenaran kata-kata ayahku dulu. Buktinya sekarang ini aku sudah pun memasuki alam kerja. Sudah merasai duit sendiri. YaAllah,berkati rezeki aku...

                    ***

     Sedikit bosan, namun lega. Tidur terasa lebih cukup berbanding sebelum ini. Namun, waktu masih lama lagi untuk menunggu result SPM ni. Entah. aku masih belum bercadang apa-apa untuk cuti ini. Adakah ingin mencuba kerja lagi? ah..baru sahaja lepas. Tidak mungkin aku ingin bekerja lagi buat masa ini. Aku ingin mengambil masa untuk berehat dahulu seketika. Mungkin aku patut buat satu persatu dalam hidup ini. Habis selesai mengambil pelajaran lesen memandu barulah aku akan mencari pekerjaan lagi. Barulah hidup ini lebih tenang. kawanku ada juga bercakap tentang peluang pekerjaan tempoh hari. kerja di KFC. kena isi borang dan perlu di temuduga terlebih dahulu. Aku tidak bercadang apa-apa untuk itu. gajinya agak lumayan. Namun fokus aku perlu ditumpukan terlebih dahulu. Aku perlu habiskan lesen. Aku sebetulnya gemar mencari pengalaman.  Segala peluang itu bergantung pada rezeki masing-masing. InshaaAllah. Rezeki itu ada di mana-mana sahaja. inilah yg menguatkan aku untuk terus berpijak di bumi nyata dan supaya aku tidak bersedih atas kehilangan kerjaku pada tempoh hari. sabar sedikit masa untuk terus menimba lebih lagi pengalaman. Tinggal sebulan lagi untuk dihabiskan lesen ini. Penantian ni akan berakhir.Ya Allah, permudahkan segala urusan ini.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."