Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, April 15, 2011

Petua Untuk Menegur Orang




Alhamdulillah. Kita masih berbepeluang bertemu lagi. Hari ini perkongsian ilmu tentang petua menegur orang.Kadang-kadang, perbezaan pendapat itu lumrah. Jangan ada antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka.Firman Allah menegaskan, 

‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” (Yunus,36) 
Jadi, jika tercetus perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran, ditanganilah dengan bijak. Janganlah kita terlalu gopoh membuat andaian yang bukan-bukan. Cuba berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Teguran / pandangan itu perlu diteliti, dikaji kebenarannya. Islam sudah menggariskan dalam membuat teguran, kita perlu berhati-hati. Apa lagi jika kita itu sebagai ‘orang perantaraan’ untuk menjelaskan sesuatu perkara.

3 faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah:
1. Tidak merendahkan ego orang yang ditegur
2. Mencari waktu yang tepat
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur

Islam memberi panduan yang jelas dalam menegur. Bagaimana sikap kita apabila ditegur. Tidak wajar untuk terus melatah atau terlalu emosional sampai keluar kata-kata kesat. Ia bukan menyelesaikan masalah. Tapi hanya akan mengeruhkan keadaan. Apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia. Kalau kita gagal mengawal perasaan kita berhujah, pasti akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang mencetus permusuhan antara kita.

Allah perintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun.
Firman-Nya :‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” ( Thaha, 44)

Berhemahlah bila menegur “kesilapan” orang lain. Jangan ikutkan hati tanpa menyiasat keadaan sebenar. Mungkin mereka ada sebab-sebab yang kukuh yang mendorong mereka membuat sesuatu perkara. Jadi, eloklah kita siasat atau Tanya dengan cara berhemah untuk mengetahui kedudukan sebenarnya.

Ok lah. cukup sampai di sini dahulu perkongsian Mimie. Semoga bermanfaat. Jumpa lagi. I'Allah.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."