Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Sunday, February 10, 2013

CERPEN : Melangkah Ke Menara Gading (Bhgn 2)

Aku meluru ke bawah khemah setelah dapat mengecam dari jauh bagasi berserta beg galas merah jambu milikku.Lantas kugalas beg itu lalu ku heret pula bagasi uzur milikku yang sudah patah kakinya menuju kediamanku untuk diangkat ke di tingkat 4. Berbekalkan tenagaku yang berbaki sedikit entahkan mampu entahkan tidak untuk aku berbuat demikian.Aku kurang pasti. Cuma yang terfikir di benakku saat ini , teruskan sahaja.

‘ Redah je. I can do it. Mimi BOLEH !! ‘ Jeritku dalam hati. Tingkat satu yang kupanjat dengan penuh gigih mempertemukan aku dengan seorang pelajar cina.
“Boleh kah? Meh, saya tolong.” Katanya ingin membantu seraya tangannya sudah memegang sebelah begku. Sungguh ! keikhlasannya terpancar. 
“ Terima kasih.” Dalam keadaan segan, aku sempat berterima kasih. 
“ Tingkat berapa?” Dia bertanya semasa kami sudahpun berada di tingkat dua. 
“ Tingkat 4, kamu?”“ Saya tingkat 3.” Dia menjawab pertanyaanku. 
“ Oh, kalau macam tu awak tolong saya sampai tingkat 3 sajelah.”kataku. 
“ Betul ke ni ok?” Tanya dia ladi sewaktu ingin meniggalkanku di tingkat 3. Begitu prihatin. 
“ Takpe..ok je ni..Terima kasih banyak yer..” Kataku sambil tersenyum.
‘Semoga Allah memberi hidayah padamu’ Itu doaku padanya. Dia begitu ikhlas sekali , jadi tidak salah jika suatu hari nanti dia masuk islam dan sama-sama berjuang menegakkan agama.’Tiada yang mustahil bagi Allah..Allahurobbi..’ Hatiku berbisik. Aku tersenyum manis tatkala berdiri betul-betul di depan rumahku sekarang.

Ada 4 pintu. 3 untuk pintu bilik manakala 1 lagi untuk tandas. Aku di tempatkan di pintu no 1. Saiz bilik agak kecil berbanding di matrik dan almarinya pula bercantum dengan meja belajar. Biarpun meja belajarnya mempunyai ruang yang agak sedikit, tapi lebih baik daripada tiada. Aku percaya katil bahagian yang tadinya menjadi pilihanku mungkin sudah dimiliki pelajar lain kerana tiada barang untukku tandakan sebagai milikkku pada masa itu.

’Takpe la.bukan lame pun kat sini’ Hatiku memujuk.senyuman terukir di wajahku seketika setelah berjaya memujuk perasaan. Dengan daya yang masih diburu kepenatan, Aku meluru masuk ke bilik yang sejak tadi kuperhati kan. Aku di sapa dengan satu senyuman lalu kami berkenalan. Bilik itu menempatkan 4 orang pelajar namun 2 lagi mungkin masih belum masuk ataupun mereka mungkin golongan second intake.
“Hai, baru sampai ke?” Dia cuba menyapaku. 
“Taklah.Dah lame sampai tapi pegi taklimat PTPTN dulu tadi.Katanya wajib” Jawabku melepaskan penat yang masih bersisa.
Mana tidaknya, dengan taklimat tadi, cukup hampir membuatku rebah mencium bumi sepanjang beratur menungu bas untuk pulang ke Kediaman Kampung E semula. Kepanjangannya tidak terjangkau oleh akal fikiranku.Dengan peluh yang merenik merayap ke seluruh muka serta badan ditambah pula dengan keletihan sepanjang perjalananku untuk ke sini sudah cukup menggambarkan aku kehilangan kesemua tenaga yang kumiliki.Aku tidak berdaya lagi untuk terus berdiri dengan kepalaku juga terasa pening, maka aku duduk sebelum keadaan bertambah teruk.
“Saya tak pergi sebab baru sampai.” Dia bersuara tiba-tiba memberitahu.
Aku tersedar.Lamunanku terhenti di situ. Segala yang sedang kufikirkan terbang jauh sebebasnya.Aku mengamati isi bicaranya.
“Pukul berapa sampai tadi?”Terpancul pula soalan itu dari mulutku.“6.30 petang tadi.”Jawabnya.“Eh, saya pun sama tapi dorang tetap suruh saya pergi.”kataku sedikit kesal.
Aku memang sangat geram dengan fasi lelaki itu.Memang tiada perasaan.Sekurang-kurangnya prihatin sedikit sudah memadai.Aku datang dari jauh bukan seperti budak sabah yang hanya datang dihantar oleh orang tua mereka.Lebih menyakitkan lagi isi taklimat PTPTN hanyalah perkara asas yang sudah aku tahu.Lagipun segala urusan PTPTN sudah ku selesaikan dan taklimat itu hanya khusus untuk pelajar yang belum menyiapkan permohonan.Layaknya aku berehat di bilik bukan membazir masa rehatku di situ.
“Ape isu taklimat tu?”Tanya dia lagi ingin tahu.“ Takde isu pape pun. Asas je. Saya pun menyesal pergi.kalau tak mesti saya dah tidur nyenyak sekarang ni” Jawabku dengan perasaan geram.
Ya! Aku geram pada fasi itu. Ingin sahaja aku tumbuk-tumbuk mukanya.Geram masih bersisa.
“Ow..” Dia tersenyum tanda faham.
Manis senyumannya. Mungkin senang hati dengan jawapanku.Tidak perlu dia merisaukan taklimat yang terlepas itu.
“siapa name awak ek? Berbual lame sampai lupa nak berta’aruf.” Soalku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. 
“Hanis Elina, terserah nak panggil ape..awak plak?” 
“Panggil je saya Mimi. Asal?” 
“Pahang.Mak ngan abang saya datang sekali tadi.” 
“Oh ye ke. Lepas tu dorang dah balik ker?” 
“Dorang gi hotel.esok baru balik.”Jawapannya sudah cukup membuatku ternganga.

Wah! biar betul.Mungkin dia ini dari golongan keluarga berada. mungkin juga anak bongsu. Hanya dua kemungkinan yang kufikirkan.Berdasarkan gaya barangan yang dibawanya sudah cukup membongkarkan segala identitinya. Aku meneliti seluruh isi barang-barang miliknya. Beruang peluk juga dibawanya sekali. Itu sudah cukup menggambarkan dirinya adalah gadis yang agak dimanjakan. Jika aku ingin membawa bahkan memiliki beruang sebegitu memang agak mustahil.Makan kaki agaknya aku ini jika berbuat begitu.Mana tidaknya, benda itu penting sangatkah untuk dibawa? Aku yang cukup matang membawa 1 bagasi sederhana besar berserta satu beg galas biasa sudah cukup disindir kakak.
“Bawa ape lah banyak sangat. Orang lain bawak sikit je. Kak Ina pun takkan bawak macam mimi bawak sekarang nie…hishh..” berdesing telinga aku.
Mungkin Hanis anak bongsu.Mana mungkin aku boleh berangan mendapat layanan idamanku seperti yang dirasakanny sekarang. Hanya anak bongsu atau anak yang dimanjakan sahaja dibenarkan membawa 3 buah beg yang sebesar tahap maksima bagi aku.Entah apa yang dibawanya ,aku turut hairan.
“Awak anak ke berapa?”Terpancul soalan itu dari mulutku tiba-tiba“Saya anak bongsu. Sebab tu la dorang hantarkan.”Jawabnya sambil tersenyum malu.
Mungkin dapat membaca isi fikiranku. Tepat sekali jangkaanku.
“Ow..” Aku memberi respon. 
“Awak plak?” 
“ Saya anak ke 3” 
“Ow..” Giliran dia pula memberi respon sambil tangannya sibuk menggosok baju kurung.
Aku pula sibuk memasang cadar. Biarpun Cuma untak 4hari aku di sini, keselesaan tidur keutamaanku untuk mendapatkan rehat secukupnya.Tidur adalah waktu rehat yang paling aku hargai saat ini.
“Eh, nak tido dah ke?”Hanis bersuara apabila melihatku sudah berbaring menunggu masa untuk terlelap.
Aku berada di katil atas manakala Hanis di katil bawah dimana katil yang tidak sempat kutandakan sebagai milikku.
“ A’ah…penat.”Jawabku.
Semasa taklimat lagi aku sudah terbayangkan katil.Malahan aku separuh tertidur semasa taklimat tersebut.
-----
“Awak, bangun!!“
Aku membuka mataku. Budak di sebelah mengejutkan aku dari tidur. Lantas aku tegakkan posisi setelah menyedari diri diperhati oleh kakak fasi yang aku percaya dia yang menyuruh budak sebelahku mengejutkan aku dari mimpi indah.

’Aduhai..di mana-mana pasti ada yang cemburu melihat aku tidur. Semalam tidurku baru sahaja terganggu oleh abang semasa aku tidur di atas sofa empuk rumah maksu untuk ke rumah kakak.Hari ini kakak senior ini pula.argh..! tertekan ku rasakan kini ’

Aku mengeluh sendirian dalam hati.Geram tidur diganggu. Pelajar yang mengikuti taklimat di situ pasti golongan yang datang seawal pagi lagi dan aku yakin bukanlah sepertiku yang baru sampai.Tidak hairanlah mata sebahagian daripada mereka tidak sepertiku.Namu ada juga yang ku lihat tertidur sepertimana aku.Mengapa tidur mereka tidak diganggau.’adeh..’ hatiku geram.
----
“boleh tidur ke lampu tak tutup?” Soal Hanis.
Kerisauan terpancar pada riak wajahnya. Mungkin belum ingin tidur atau mungkin juga jenis yang takut gelap. Cuma dua kemungkinan yang ada pada anak bongsu sepertinya. Bukan aku meremehkan anak bongsu, apalagi mengusiknya. Tapi memang bagiku itu suatu yang normal bagi sifat anak bongsu. Lebih-lebih lagi perempuan. Aku memang ramai kenalan yang begitu dan mereka semuanya golongn anak bongsu.
“Oh, awak tak nak tidur lagi ke?”Aku menduganya. 
“Takpe lah.Tak tutup pun takpe.Saya tak kesah..” sambungku lagi. 
“Tapi awak kan kat atas.Mesti susah nak lelap sebab lampu betul-betul kat kepala tu.” 
“Takpe. saya universal. Dalam keadaan ape pun boleh tidur.Jangan risau.” Aku tersenyum ikhlas.
Hanis benar-benar prihatin. Namun, dalam kuliah yang tidak selesa sewaktu di matrik pun aku sempat terlena. Memikirkan peristiwa itu, hatiku ketawa geli hati.
* * * * *
“Kringgg..!! Kring..!! ” 
Mataku masih lagi tertutup, namun tanganku pantas menekan punat OFF pada jam loceng di sebelah bantalku.Niatku mahu tidur lagi kerana tidurku semalam agak lewat mungkin masih belum serasi dengan ketepatan masa disini.Aku perlu kugariskan dalam minda tentang masa. Semalam, jam satu kukira masih awal,tapi hakikatnya begitu lewat bagi negeri sabah.Niatku terbatal kerana aku perlu bersiap sedia solat subuh.
Jam seawal 4.30 yang kebiasaanya boleh dilakukan solat malam jika terjaga namun disini sudahpun memasuki waktu solat subuh.Aku terlupa soal itu.Azan sayup berkumandang.Aku menuruni anak tangga dengan perlahan agar tidak menggangu lena Hanis yang masih nyenyak di katil bawah.Dia masih dalam ABC. ‘Allah Bagi Cuti ’. Jadi aku tidak bercadang untuk terlalu awal membuatkan dia terjaga. Biarlah dia terlena tanpa diganggu. Aku menapak ke bilik mandi membersihkan diri lalu berwudhu’ bagi meneruskan tugas sebagai seorang hamba yang masih belum kutunaikan lagi hari ini.

Dalam ketenangan pagi yang masih belum di huni oleh sesiapa, hanya aku yang bersendirian di atas tikar sejadah merenung dosa-dosa semalam. Iman begitu lemah.Hanya sedikit kesibukan dan keletihan aku mudah meninggalkan banyak ibadah sunat yang sudah menjadi kebiasaan. Sedangkan bangun bersolat subuh seakan tidak berdaya, apalagi ingin bertahajjud di sepertiga malam? Bacaan Almathurat yang selalu kujadikan zikir sudah hampir terlupa semua hafalannya hanya kerana kesibukan kerja di KL tiga bulan lepas. Tinggal kekal hanyala ayat-ayat suci Al-quran yang masih istiqamah kujalankan.

Begitu berdosanya aku disisiNya.Lalu pakah tujuan aku diciptakanNYA jika bukan sebagai hambaNYA?Mutiara jernih mengalir dipipiku seiring waktu kesedaran menusuk. Mungkin juga tangisan kesedaran. Aku perlu mencari kembali diri aku yang dulu. Ya! diriku semasa di Matrik. Aku rindu ditarbiyah seperti dulu. Aku rindu pada sahabatku Shahirah dan juga Afif Amirah. Mereka tidak pernah jemu menegur kesilapanku. Namun di sini aku perlu berdiri sendiri mencari kekuatan. Kubiarkan diriku lama begitu.Ku berfikir, hati menafsir.Begitulah bila manusia dikasihani Allah.
“Hanis, bangun.Dah pukul 7 la awk.”Hanis membuka matanya. 
“Awal lagi la.Haha.”Hanis memberi respon lalu meneruskan tidurnya.
Aku yang sibuk menyelongkar bagasiku untuk dikemaskan membiarkan Hanis begitu.Masa kadang-kadang terasa begitu pantas berlalu.Aku menoleh ke arah jam.Tepat jam 11.45 tengahari. ` Eh, cepatnye masa bergerak.Jam aku rosak ke? Esok dah mula orientasi. Baik aku tidur la kejap, qailullah kan sunat.hehe..’aku bermonolog sendirian lalu berlabuh dikatil empuk berbantalkan tuala. Bantal masih belum ku beli kerana hanya beberapa hari aku di sini untuk orientasi sebelum berangkat ke Labuan.Aku terlena entah bila.
* * * * *
“Mimi, bangun ! Dah zohor.” Sayup suara Hanis kedengaran. 
Aku membuka mata.Jam menunjukkan pukul 1.30 petang.Aku bingkas bangun . Terkejut. `Huh ! Qailullah ape kalau macam nie. Zohor lame dah tinggalkan aku. Aduhai..’Aku mengeluh dalam hati. Kecewa dengan diri aku. 3 bulan aku di KL sudah cukup menjadikan aku makin sukar mengembalikan tabiat lamaku di matrik dulu.
“Mimi, jom bersiap.Jap lagi mak dengan abang saya nak ajak gi jalan-jalan.Jomla join skali.Awak solat dulu ek” Hanis mengajak. Aku hanya mengangguk. Usai aku solat Hanis menerima panggilan menandakan mereka sudah tiba.Langkahan kami dipercepatkan.
“Nak kemana dulu nie? Pantai?”Abang Hanis tiba-tiba menyoal.
Matanya masih tertumpu kehadapan memandu dengan berhati-hati dan penuh cermat.
“Makanlah.Lapar nie..” Hanis pula menjawab.
Aku hanya diam terkenang sesuatu kejadian.
“Eh , kene belok kanan nie..” Mama berkata sambil tangannya menunjukkan ke Arah anak panah di dalam GPS.
Aku turut menyertai mama. 3 kali kami menyebut belok kanan namun abang tetap tenang memandu terus ke hadapan tanpa membelok. Aku kehairanan. Mungkin abang keliru dengan jalan yang kami tunjukkan atau tidak mendengar kata-kata kami. Perjalanan diteruskan lagi kerana mereka mengira jalan ke kanan itu tidak betul apabila mendapati papan tanda KLIA dari sini masih wujud. Cuma aku yang gusar. Hatiku tetap merasa kurang senang kerana terbaca pada papan tanda ke kanan tadi tertera ‘Terminal LCC.’ Namun aku hanya menunggu sehinggalah kami tiba di sebuah gedung besar.
“Nie lapangan terbang ke?”Tanya mama. 
Saat itu aku merasa betapa dungunya kami ketika itu kerana meneruskan perjalanan melewati gedung itu dengan yakin tanpa sempat singgah dah bertanya terlebih dahulu hanya kerana GPS yang mungkin sudah tersilap memberi arahan. Perjalanan yang di teruskan menemukan penghujung yang sama iaitu di gedung itu lagi. Kali ini abah keluar untuk bertanya.
“Nie KLIA. Kita nak pergi Terminal Air Asia bukan KLIA. kita dah salah arah.”Abah melabuhkan punggungnya selepas bertanya. 
“Yang tadi belok kanan tu la.”kataku kini mula yakin. 
“Ye kot. Mama lambat bagi direction.”Abang mula bersuara.
Aku melihat muka mama.


“Ejo yang tak dengar. kitorang cakap banyak kali. Tapi ejo tetap pergi lurus.Bukan salah mama." aku mencelah geram.
Mengapa mama pula? Sedangkan aku sendiri bersama mama menunjukkan arah tersebut.


“Ejo la yang salah nie? Cuba pandu kereta nie.Ingat senang.Dahla jalan kat sini takde u-turn.” Aku terdiam dimarahi abang. 
“Biasala jalan baru. kita tak kenal lagi. Jangan bertekak la. Awal lagi. sempatnye. flight pukul dua. Sekarang baru pukul 12.30 tengahari ”Abah bersuara memujuk. 
Abah tahu perasaan memandu memang tertekan. Jika dibenarkan abah yang memandu mungkin lagi parah perselisihan arah antara mama dan abah. Sebab itu abang memutuskan untuk membawanya. Ingin mengelakkan hal itu.
“Yela. Dah la tu. Kite cari jalan tadi balik. Mama dah lapar nie. Jom..” Mama mencelah.
Pandai mama menceriakan suasana .
“Ok la. Ejo mintak maafla. Ejo salah.Tapi mimi pun tak boleh salahkan ejo.”Abang bersuara lagi. 
“Mimi tak maksudkan ejo yang salah. Masalahnya tadi ejo kata mama lambat bagi arahan. Mana ade macam tu. Mimi just nak cakap tu aje. bukan menyalahkan ejo.”Aku cuba menerangkan. 
“Asyik nak menang die aje. Orang dah mintak maaf. Die tak mintak maaf jugak. Sibuk cakap lagi.”Abang masih bersuara perlahan namun masih cukup kuat untuk kudengari. 
Mengapa abang masih marah sedangkan aku cuma menerangkan sahaja. Tidak bermaksud apa-apa. Mungkin hatinya masih lagi tersentuh maka sukar untuk dia memahami isi bicaraku. Mungkin! Mindaku ligat berfikir. Aku sebolehnya tidak mahu bertikam lidah dengan abangku satu-satunya yang aku miliki di dunia ini. Dia abang terbaik yang sentiasa menjaga aku dan menyayangi aku sebagai adiknya. Hilangnya dia tiada ganti untukku. Aku cuba membayang aku berada di tempat abang. Mungkin agak sukar memandu dengan pelbagai arahan yang timbul. Sekejap ke kanan. Tiba-tiba ke kiri pula. Mampukah aku mengendalikannya? Mungkin apabila tertekan, aku juga bertindak seperti abang.
“Okey la.Mimi pun minta maaf..” kataku akhirnya.
Begitulah hubungan aku dengan abang. Jarang sekali bertikam lidah namun jika berlaku diselesaikan secepatnya.Hubungan kami bagai air dicincang berkali-kali tidak akan putus sama sekali.
“Jom, mimi !! ” Suara Hanis mematikan lamunanku.
Aku membuang pandangan ke persekitaran. Permandangan pantai menarik perhatianku. Begitu cantik ciptaanNYA. Aku mengamati suasana di situ namun langkahan kami bukanlah ke arah situ,tetapi ke sebuah Restoran Sri Rahmat.Restoran yang menyediakan makanan halal ditulis tertera pada banner kedai makan tersebut.Makananya agak mahal ku teliti.Namun itu mungkin perkara biasa di Sabah. Aku hanya menarik sepinggan nasi dan seketul ayam.Ringkas namun itulah kegemaranku. Satu lauk sudah cukup untukku habiskan nasi itu. Memakan satu lauk sahaja juga satu sunnah Baginda s.a.w. Jika bertanya tentang sayur pula, bukan aku memilih namun tiada kedai yang mampu melawan sayuran masakan mama. Sayur bukan perkara asas tabiat makanku jika aku ingin berjimat. Kenyang itu keutamaanku ketika makan. Tabiat makanku memang agak aneh.Aku tersenyum sendiri


“kira encik..!!”Abang Hanis memanggil pelayan restoran.
“Meh ibu bayar,duit kamu katanye dah pokai.”Emak Hanis berkata seraya menghulurkan sekeping not RM50. 
“Takpe bu.Biar orang bayar.”Wah murninya sifat seorang anak.
Dia menolak huluran itu lalu memasukkan semual wang ke dalam dompet emaknya. Aku menjadi juri yang tidak bergaji disitu. Sudah tentu markahnya 100%. Namun ada sesuatu menggangguku. Pernahkah aku berbuat begitu pada mama? Mama yang bagi duit tu adalah. Aku malu sendiri.
“Kite g bazaar lepas tu pantai plak.Ok?" Abang Hanis mencadang.
Perjalanan diteruskan lalu berhenti di bazaar. Aku sempat membeli keychain tertulis ‘Sabah’ untuk dibawa pulang kepada adik-adikku nanti. Setengah jam menghabiskan masa di pantai kamu di hantar pulang ke kediaman kami di UMS untuk sesi taklimat miggu suai mesra yang akan diadakan pada sebelah malam.Permulaan orientasi.Abang dan emak Hanis meneruskan perjalanan ke terminal untuk berlepas pulang ke semenanjung.Melihat mereka mengingatkan aku kepada keluargaku yang barada jauh di Terengganu.

Aku termanggu di jendela. Mengingati masa laluku di matrik. Rindu benar diri ini terhadap sahabat-sahabat mardhatillah di situ.Rindukan surau Al-muttaqin tempat aku bersama sahabat membina ukhwah.Titik-titik hujan tempias ke wajahku. Angin senja sejuk mesra menyapa mukaku. Sinaran bulan menyahut gamit.


No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."