Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Thursday, May 9, 2013


Muslimah+Mukminah+Mujahidah+Muslihah+Sumayyah

:: Apakah Perbezaannya?? ::

    Salam sehangat mentari dhuha kuucapkan.. Semoga bertambah iman pada hari ini,, Semoga hari ini lebih baik dari semalam kudoakan.. Semoga ceria-ceria selalu !! \(^_^)/ waktu usrah tercari-cari, apakah perbezaan antara kelasan wanita tersebut.. Antara muslihah, muslimah, mukminah, dan mujahidah..setelah di cari..hmm..berkongsi lah.. smoga bermanfaat :)

Ciri-ciri Kaum Hawa

1) Wanita Muslimah:

Dia perlu menjadi seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keislaman malah menjadikan Islam sebagai cara hidup.


2) Wanita Mukminah:

Bukan sekadar beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada Rasul kepada Kitab, Hari Kiamat dan beriman kepada Qada' dan Qadar, bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.


3) Wanita Mujahidah:

Seorang wanita yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.

4) Seorang Muslihah:

Yang berperanan melakukan tugas Islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat.


5) Seorang Sumayyah:

Srikandi Islam zaman Rasulullah. Ibu kepada Ammar bin Yasir dan isteri kepada Yasir. Mereka sekeluarga Syahid di tangan musyrikin Makkah.

Sumber: Orang lain, terima kasih orang lain...:)



No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."