Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 14, 2013

CERPEN : Melangkah Ke Menara Gading (Bhgn 1)

Jam menunnjukkan pukul 4.20 petang. Aku bingkas bangun dari tempat duduk sebaik sahaja Kapal Terbang Air Asia yang pertamakali kunaiki itu mendarat di terminal Sabah. Aku beratur panjang untuk menuruni kapal terbang tersebut. Keadaan agak sesak dengan penumpang yang sangat ramai. Masing-masing mencari peluang untuk keluar lebih cepat. Aku mengamati suasana yang penuh sesak itu lalu tersenyum seketika bagi membalas senyuman Amirah, kenalan yang baru kukenali semasa di Terminal LCC di KL tadi. Dia adalah budak Kelantan yang mempuyai arah tujuan yang sama denganku iaitu ingin mendaftarkan diri di Universiti Malaysia Sabah di Kampus Induk Kota Kinabalu Sabah. Dia ke sini di hantar oleh abangnya. Mereka tidak bercadang untuk mendaftar pada hari ini kerana ingin menginap di rumah sepupu terlebih dahulu. Agak sukar untuk aku berkenalan dengannya. Sepatah kutanya maka sepatah dijawabnya. Adakala soalanku tidak berjawab olehnya. Mungkin juga dia seorang pendiam. Aku berfikir sendirian.
“Bushhh..”Aku tersentak. 
Tanganku pantas cuba membaiki tali beg tanganku yang sedikit tercabut. Mungkin juga barangku terlalu berat. Majoriti isi di dalamnya hanyalah buku. Bagi menutup malu, aku berlagak biasa apabila ada beberapa orang memandang aktiviti yang sedang aku lakukan. Setelah sekian lama beratur panjang akhirnya dapat juga aku menjejakkan kaki di bumi hijau Sabah. Badanku mula melakukan sesi ujikaji tentang suhu di Sabah. Agak nyaman dan sejuk. Menurut pengetahuanku tentang sains dan geografi, adalah normal bagi kawasan yang dikelilingi tumbuhan hijau itu segar dan sejuk kerana tumbuhan hijau tersebut memiliki fungsi tersendiri dalam memproses makanannya untuk terus hidup. Mereka hanya memerlukan gas CO2 semasa memproses makanan dan gas O2 yang turut terhasil bersama makanan tersebut dibebaskan ke persekitarannya. Jadi tidak hairanlah mengapa persekitaran dan suhu di Sabah agak sejuk dan dingin berbanding di Semenanjung. Namun kedinginan tersebut Cuma untuk seketika sahaja bagiku kerana ia tidak mampu melawan kepanasan yang aku rasa dengan bersesak-sesak beratur panjang di kawasan itu untuk mendapatkan kaunter penyerahan passport. Dengan berat beg yang maksimun lebih 7kg yang terpaksa ku galas sepanjang beratur ditambah pula dengan beg tangan yang agak naïf itu, aku hampir naik angin dengan beberapa orang yang cuba memotong berisan.

‘agak-agakla..orang lain pun penat beratur..tunggula barisan…’Aku berbicara namun bukan di bibir. Mungkin kesabaranku sedang diuji, maka aku tetap berdiam , bimbang ia mengundang pergaduhan.

“hai…” Aku terpana dengan lambaian seseorang di barisan hadapan.
Tanganku pantas bertindakbalas reflex membalas lambaiannya sebagai tanda aku masih mengenali wajah itu. Ya ! wajah budak Terengganu yang baru ku jumpa semasa mengambil giliran untuk sumbangan duit yayasan dalam Stadium Tertutup Gong Badak tempoh hari. Masih ku ingat lagi. Wah, memang jodoh agaknya. Aku tersenyum apabila giliranku tiba lantas menghulurkan tiket yang hampir lusuh dipegang lama oleh tangan aku yang sedikit dibasahi dengan peluh dan disertakan pula dengan kad pengenalanku. Penjaga kaunter hanya sekadar menarik kad pengenalan yang aku hulur sahaja.Tanganku pantas menarik kembali tiket tersebut lalu disimpan semula ke dalam dompetku. Aku tersenyum sendiri biarpun tiada yang melihat namun aku tetap malu.
“ Nah, ambil ni simpan baik-baik “ kata penjaga kaunter itu padaku.
aku menyambut lalu di masukkan ke dalam dompetku sekali lagi. Kakiku pantas melangkah ke lorong seterusnya biarpun baru pertamakali namun aku tetap ingin memburu masa memikirkan solat asar yang masih belum kutunaikan.
` Tiada panggilan sepenting seruan Ilahi ’ 
kata-kata itu sesuai sekali untuk semua orang yang menggelarkan dirinya terlalu sibuk mungkin termasuk aku sekarang yang tidak keruan kini. Keadaan penuh sesak menyukarkan aku. Hanya doa yang mampuku panjatkan semoga Allah permudahkan urusanku yang kini sedang mencari bagasi kepunyaanku. Entah bagaimana prosesnya, aku kurang pasti. Hanya menurut kelakuan orang lain yang berdiri berkeliaran di tepi mesin-mesin yang ada.

“Eh, itu beg aku.” Kataku sendiri. 
Aku cuba mengejar namun gagal. Mungkin sukar kerana terhalang oleh orang ramai atau mungkin salahku sendiri kerana masih teragak-agak untuk mengambil. Aku menunggu laluan itu berulang dan kali ini aku menarik dengan yakin. Aku menolak troli yang sudah kuisi dengan bagasiku berserta beg lain yang membebani tubuh kecilku termasuk beg tangan naifku yang hampir putus keluar melalu lorong pintu keluar.

“Cepat-cepat..UMS ! UMS ! kamu UMS ka? “seorang lelaki berkemeja unggu yang kulihat kini sedang memegang papan tanda Universiti Malaysia Sabah bertanya kepadaku. 
Mungkin bakal fasilitator aku. Aku hanya mengangguk.
“ Kampung mana?” Tanya dia lagi.
“ E ” Jawabku ringkas.
“ Ok, kamu ikut sana ya. Kamu lihat anu di sana ada kakak berbaju purple macam saya itu kan? Nah kamu langsung direct ke sana..”kata lelaki itu lagi.
melalui gaya bercakapnya memang tidak salah lagi jika aku mengira dia adalah orang sabah. Aku sekadar mengangguk.
“ Kampung E ke dik?” Kakak itu menyoalku. Aku mengangguk lagi.
“ Erm..ok, sekarang ni kami ade sediakan perkhidmatan bagi memudahkan adik untuk menghantar beg ke kolej kediaman adik. so now,berapa beg adik ade?” soal kakak itu pula setelah menerangkan kepadaku tentang perkhidmatan yang disediakan.
“ ade 2 nie yang berat je kot. Beg tangan ni saya pegang.” Jawabku.
“ok,adik isi 2 helai kertas ni lepastu bg akak ek..”Aku menyambut hulurannya lalu bertindak mengikut arahannya. 
Kertas itu kemudiannya ditampal pada kedua begku. Aku bersama budak Terengganu berserta ramai lagi pelajar sepertiku menaiki bas UMS yang telah disediakan khas. Cuaca yang pada mulanya agak redup kini mula dibasahi hujan. Suhu sekitar yang sudah tersedia sejuk menjadi semakin bertambah kesejukannya. Tempoh masa di ambil untuk tiba lebih kurang satu jam lebih. Aku menoleh kearah jam. 6.30 petang. Asar telah jauh meninggalkanku. Magrib di sini ternyata begitu awal sekali. Aku tersadai dalam kesesakan ramai beratur untuk mendaftar online bagi mendapatkan bilik untuk kolej kediaman.
“pakk..!!” aku menepuk dahiku yang tidak bersalah. 
Aku mengira setelah selesai mendapatkan bilik aku boleh terus bersolat. Ternyata sangkaanku meleset.Bagaimana ingin bersolat jika semua kelengkapan solat di dalam bagasi dan bagasiku pula belum ku ambil? Lantas kakiku laju menuruni anak tangga.
“Bang , tumpang tanye sikit.kat mane dorang hantarkan bagasi-bagasi dari airport? ” Tanyaku kepada seorang fasilitator berkemeja unggu yang sedang duduk di sebuah khemah. 
“Sepatutnya dekat sini la. Pukul berapa adik sampai ke airpot?”dia pula bertanya.“Erm..dalam pukul 5.00 macam tu..” 
“Ow..beg tu sampai malam nanti. Adik kene pegi taklimat PTPTN sekarang ni..adik tak tau ke baru sampai? ” Dah sampai dekat airport pun pukul 5.00, mestilah baru sampai.perlukah soalan itu diaju? Fikirku sendiri. 
“Baru sampai ni.” 
“Tapi adik tetap kene pegi.Taklimat tu wajib.Adik beratur sana.”
Ah , kejam !! penat tadi masih belum hilang lagi , solat pun belum tertunai tiba-tiba aku disuruh beratur pula untuk ke taklimat PTPTN. Ini tidak adil.Hatiku membentak geram.Ingin saja aku pancung dia dengan pertanyaan tentang solat. Apakah dia mengira aku ABC? Atau waktu aku sampai ke sini bukan waktu magrib? Tiada otakkah dia? Kalau di ikutkan hati ingin aku hamburkan semua, namun bicara tidak sopan itu kusimpan kemas dalam bisikan hati. Sekurang-kurangnya bertanya sepatah dua tentang solatku pun sudah memadai.Ini tidak. Terus menonong mengarahkan orang. Aku terus berlalu pergi tanpa mengikut arahannya lalu ku bertanya pula kepada muslimah yang ada tidak jauh dari situ. Mungkin hal begini senang dirujuk kepada yang prihatin tentang agama. Mestilah solat lagi diutamakan mana mungkin PTPTN. Aku tersenyum puas dengan jawapannya

* * * * *
Usai solat dan menqada’kan solat Asar di surau seperti yang diberitahu oleh muslimah tadi hatiku sedikit tenang. Lega hati ini tidak terlepas untuk solat magrib. Aku segerakan langkahku ke kawasan sekitar meninjau sama ada masih bersisakah pelajar-pelajar yang beratur menunngu giliran bagi menaiki bas untuk ke Dewan Canselor di mana taklimat itu di adakan. Semua pergerakan di sini memerlukan bas memandangkan kedudukan antara kolej kediaman dengan semua tempat kuliah begitu jauh jaraknya jika berjalan kaki.
“Alhamdulillah..masih ada.” Kataku bersendirian.
Hati ini dipetik rasa bersyukur. Aku segera beratur biarpun sisanya masih begitu panjang. Tidak terjangka aku akan melihat barisan sepanjang itu sebelum ini.
“Sudah makan ka?”Tanya kakak berbaju unggu padaku.
“belum.”Jawabku jujur. 
Aku hanya sempat sarapan pada jam 8.30pagi tadi bersama keluarga namun sejak tadi aku tidak terfikir untuk makan kerana risau tentang solatku.
“Boleh makan dulu yah. Masih banyak lagi makanannya. Kami sediakan untuk kalian.Dimakan dulu yah? Nanti selepas makan boleh kembali beratur” kata kakak itu lagi dengan loghat sabahnya sedikit dikawal menjadi bahasa baku kedengaran. 

Aku terus menurut ke arah yang ditunjukkan kerana aku tidak dapat menafikan perutku asyik menyanyi minta di isi sejak di dalam kapal terbang tadi lagi.Cuma aku yang menahan kerana tidak tahu proses memesan makanan di dalam kapal terbang.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."