Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, September 2, 2013

sebuah perjalanan hidup


Hari ini perkongsian pengalaman mimi semalam. Sengaja dikongsi untuk sekadar pengetahuan umum untuk readers. Jika terdapat sebarang kekurangan mimi mohon maaf. Selamat membaca.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Akhirnya aku sampai di Universiti Malaysia Sabah kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL).  Tersergam indah sebuah menara tinggi tertulis UMSKAL di sisi hadapannya . Sebuah kereta jenis Honda City milik kak Na yang turut menumpangkan aku  bergerak menyusur masuk ke perkarangan universiti tersebut. Ketika aku tercari-cari wajah teksi di muka pintu namun Maha Pemurah Allah melimpah ruahkan rezeki untuk aku bersua dengan  Kak Na. Kak Na adalah sahabat Kak Siti,kenalan baruku semasa di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Mereka sudah lama bekerja di Labuan. Merka yang baru ku kenali itu begitu baik sekali ingin menumpangkan aku kerana jalan kami agak sehaluan. Setelah di tunjuk arah jalan, lembah terakhir mendatar ke perkarangan kawasan  bawah Beta 6.

“Terima Kasih kak.” Ujarku setelah bersalaman untuk menuruni kenderaan tersebut.

“sama-sama dik. Belajar rajin-rajin.” Balas Kak Na.

Mereka melambaikan tangan serentak. Aku membalasnya. Kerata menjauh hingga hilang di pandangan. Deraian hujan renyai yang jatuh dalam gerak perlahan bagai menyambut kedatanganku pulang ke kampus semula sebagai pelajar tahun dua.  Alhamdulillah. Syukur dihati setelah mengharungi  badai semasa di perjalanan Kuala Lumpur ke Labuan melalui penerbangan Air Asia dengan cuaca yang agak kurang meyakinkan, hujan lebat turun bagai tiada henti berserta kilat dan memungkinkan muncul petir, namun  kini akhirnya aku sampai juga ke destinasi. Terimbas peristiwa permulaan perjalananku pagi tadi. Ia bagaikan singgah semula di fikiran ini.

* * * * *
Pagi menyebarkan zarah udara dingin yang nyaman. Maha suci Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. Kerosakan yang berlaku hanyalah bahana daripada tangan-tangan manusia yang tidak bersyukur. Maka kerana itu alam menjadi uzur kadangkala meragut nyawa penghuninya sendiri.pagi yang dingin dan nyaman membuka tirai hari baru untuk setiap kehidupan. Baik manusia ataupun burung di sarang, semuanya bertebaran mencari rezeki masing-masing buat kelangsungan hayat di badan.

“Nah duit belanja. Maaflah tiada wang banyak. Belum gaji. Huhu” Ujar kakakku Mira. Dia sudah dua minggu menjadi isteri orang kelihatan agak matang sepanjang kebersamaanku dua hari ini. Sungguh aku mensyukuri kemungkinan perubahan hormon. Mungkin! Aku benar-benar gembira. Begitu juga suaminya. Ah, mungkin begitu agaknya apabila membuka tirai baru kehidupan berumah tangga.

“ Tak pergi temankan ke?” suaminya Firdaus lancar menyoal isterinya.

“Tak sempat dah ni. Nanti lewat.” Jawab kakakku yang masih belum bersiap apa bahkan belum pun mandi. Dia yang kukenal pasti akan mengambil masa yang lama untuk bersiap, sedangkan aku sudah menggalas beg untuk melangkah pergi.

“Tak apalah. Semalam kan dah survey jalan. Inshaa Allah boleh pergi sendiri” Ujarku melangkah pergi biarpun kakak risau akan beban beg yang kelihatan begitu berat.

 ’Aku sudah biasa kak dan ini paling ringan yang pernah aku bawa’ bisikan itu hanya dalam hati terungkap.

Tanpa sempat aku duduk di kerusi menunggu yang terdapat di sebuah platform Sentul Timur, sebuah tren Transit Aliran Ringan atau mengikut singkatan namanya diberi iaitu Light Rail Transit (LRT) tiba. Langkah diatur masuk ke dalam LRT aliran Ampang tersebut untuk menuju ke stesen Masjid Jamek yang memiliki pertukaran stesen kealiran lain. Seterusnya dengan menggunakan LRT aliran Kelana Jaya, barulah aku tiba ke platform yang dituju iaitu KL Central.

Perjalananku tidak terhenti di situ. Aku perlu menaiki sebuah bas pula untuk ke penerbangan tambang murah Air Asia atau nama lain Low Cost Carrier Terminal (LCCT),di KL International Airport, Sepang. Ada dua perkhidmatan bas untuk ke LCCT. Satu ialah Aerobus yang berwarna kuning dan satu lagi SkyBus yang berwarna merah. Bas yang pernah aku naiki ialah Aerobus. Namun bas tersebut telah bergerak setibanya aku ke situ. Kali ini aku mencuba SkyBus yang masih wujud di situ setelah bas lain sudah pergi. Ada perbandingan antara ke dua jenis bas tersebut. Interior SkyBus lebih cantik dan bersih sikit. Harga tiket untuk satu perjalanan sehala kebiasaannya ialah RM 8.00 untuk Aerobus dan SkyBus RM 9.00. SkyBus Cuma mahal seringgit. Namun hari ini harga tiket bertukar kepada RM10.00. Mungkin ada sedikit kenaikan.

Perjalanan dari KL Sentral ke LCCT telah mengambil masa lebih kurang 60 – 80 minit. Penumpang perlulah pandai untuk mengukur jarak waktu bila dia perlu bersiap. Begitulah aku lalui kini. Kerana bimbang terlewat jadi aku mengambil keputusan berpagian ke sana dan sampai tepat jam 12.00 tengahari ke LCCT. Mesin boarding pas ditekan menggunakan nombor tiket yang telah ditempah. Aku mengambil tempat beratur di belakang seseorang yang sedang sibuk menghalakan sebuah telefon mudah alih berjenama Samsung Galaksi Ace ke muka screen mesin. Aku tahu dia sedang mencuba scan barcode yang terdapat pada gambar tiket yang telah di ambil olehnya. Aku juga pernah mencuba semasa dahulu. Namun kasihan dirinya tidak berjaya biarpun telah berkali mencuba dan berlalu meninggalkan mesin yang masih tanpa jemu memaparkan tulisan, “sorry, please try again.”

Aku cuba menekan punat tertulis , ‘Try again’ itu untuk boarding pass bahagian tiket milikku. Tidak berubah biarpun berkali di tekan, mesin masih meletakkan perkataan yang sama. ‘Rosak agaknya.’ Aku telah membuat tuduhan tidak berasas setelah permukaan screen itu degil tidak memberi sebarang reaksi. Pemuda di belakangku cuba membantu. Mungkin aku kelihatan seperti orang pertama kali ke LCCT, maka aku di ajar satu persatu. Aku hanya mendengar dan berhasil setelah itu. Mesin tidak rosak, Cuma ‘hang’ sekejap dan aku terpaksa berlakon tidak tahu.

“ Terima kasih encik” ujarku berlalu setelah dia membalas. Biar apapun ucapan terima kasih itu perlu bukan sahaja bermaksud kita cuba menghargai petolongan orang namun ia juga mampu melibatkan budi bahasa antara bangsa dalam Negara kita. Bahasa melambangkan bangsa.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Ungkapan itu setia berlangsung di telinga. Aku menarik nafas panjang, memenuhkan ruang dadaku dengan udara yang entah segar entahkan tidak dengan keramaian orang.Aku  cuba menarik lagi tenaga di badan setelah selesai sesi scan barang. Terasa sedikit tenang telah sampai ke ruangan menunggu balai berlepas biarpun terlalu awal ketika itu. Masa yang lama tidak ingin di buang begitu sahaja. Aku mengeluarkan sebuah Komputer riba berjenama Lenovo milikku untuk mula menulis.

Mungkin ramai yang pelik mengapa perlu menulis. Mengapa aku begitu meminati bidang penulisan biarpun aku adalah seorang bakal programmer suatu hari nanti, jika di izin Allah. Malah ada yang memberi  pendapat kepadaku bahawa menulis ini sesuatu yang boleh melalaikan orang lain. Pada pendapatnya, si pembaca akan terlalu leka dengan pembacaannya tanpa mengira dunia realiti. Aku sama sekali berbeza fikiran dengannya. Mungkin disebabkan dia kurang berminat dengan pembacaan novelis, maka anggapan dia jatuh kepada sesuatu yang membazir diperuntukkan untuk menulis atau membaca hal sedemikian. Semua orang berhak memberi pendapatnya. Maka aku lapangkan hati menerima terjahan pendapatnya yang di tutur lembut secara peribadi pendapat milikknya.

‘Innamal a'malul bin niyat.’ Segala amal itu tergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Jadi niatlah untuk menulis demi redha Allah. Inshaa Allah akan dipermudahkan oleh Allah swt. Menulis itu juga suatu keperluan untuk aku mencari redha Allah dan aku pasti, sesetengah  penulis juga begitu. Menulis juga jihad fi sabilillah. Jihad di jalan Allah. Tulis perkara yang baik yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tulislah perkara yang dapat menginsafkan diri sendiri dan orang lain. Itulah juga prinsip utama bagi seorang penulis yang beragama Islam. Iaitu menulis untuk mencari redha Allah!

Seni Itu Indah. Allah swt menjadikan alam penuh berseni kerana Dia suka akan keindahan. Ada gunung-ganang, bukit-bukau, pohon-pohon yang menghijau sejuk mata memandang, sungai yang mengalir, deburan air terjun yang kedengaran asyik dan udara yang segar. Inilah karya seni yang teragung di dunia. Tiada sesiapa pun seniman agung di dunia ini yang dapat menandingi kesenian Allah. Mana ada lukisan yang dapat dinikmati dengan menggunakan kelima-lima panca indera melainkan lukisan Alam?

Islam itu ada kesenian yang tersendiri. Tapi bukan kesenian yang sia-sia. Kesenian islam adalah seni yang mengagungkan Allah swt. Ada garis panduannya. Orang yang berseni memiliki jiwa yang halus. Dia lebih peka terhadap persekitarannya. Kesenian islam itu adalah alat bagi seorang muslim seperti kita mendekatkan diri kepada Allah. Sama seperti hiburan dalam islam yang tidak semata-mata untuk berhibur tetapi mendidik jiiwa agar lebih mencintai perkara-perkara yang makrufdan mencintai Allah. Ini pendapat kukuh milikku tentang mengapa aku tetap menulis.

“Dalam apa jua hal, letakkan Allah sebagai yang pertama di hati.” Pesan kak Azzurin, seorang kakak senior tahun tiga yang paling rapat dan akrab dengan ku semasa di kampus. Aku akui kata-katanya. Tidak cukup jika kita hanya berjaya mencapai cita-cita dunia sahaja. Untuk Akhirat juga kita perlu memasang impian. Kerana itu lah kita perlu menggariskan impian kita selari dengan iman.

Berdasarkan ilmu dari sebuah novel yang aku baca, iaitu Janji Miftahul Raudhah, banyak juga ilmu yang aku perolehi dari situ. Novel itu aku pinjam di perpustakaan desa di kampungku, Terengganu. Novel begitu menarik minatku tentang isinya. Banyak ilmu di dalam yang aku timba. Besar pahala si penulis tersebut dalam menyebarkan ilmu. Berdasarkan beberapa patah yang aku ingat. Ayatnya, kita seorang pelajar, jadilah pelajar yang beriman. Jika kita seorang peguam, jadilah peguam yang beriman. Jika kita seorang guru, jadilah guru yang beriman. Nescaya kita akan jadi orang yang berharga dalam kehidupan di dunia dan bernilai tinggi di sisi Allah.

Orang yang beriman ialah orang yang tunduk dan bertaqwa pada Allah. Setiap perkara dilakukan, yang pertama tertancap di fikiran ialah keredhaan Allah. Tidak perlu menyandang gelaran ustaz atau ustazah, kalau iman kemas di dada, orang buta juga akan menjadi celik.

Persoalannya, bagaimana ingin jadi seorang pelajar beriman?

Tidak susah pun sebenarnya. Menurut bahasa mudah di fahami di dalam buku yang di aku baca itu, aku menimba lagi ilmu untuk menjadi pelajar beriman. Tidak susah, hanya perlu rajin usaha dan doa. Menjaga hubungan dengan Allah. Solat yang tidak ditinggalkan. Solat itu tiag agama. Bukankah membuat rumah mesti bermula dengan adaya tiang? Kalau tiada tiang, maka runtuhlah rumah tersebut. Dan untuk menjaga hubungan dengan Allah, kita perlu menjaga hubungan dengan manusia juga. Lebih-lebih lagi dengan ibu bapa kita. Guru juga perlu dihormati kerana mereka yang menyampaikan ilmu kepada kita. Tidak berkat ilmu  jika kita asyik ingin melawan guru saja.

Ibrahnya di sini, aku tertanya-tanya, di mana masaku membazir jika mendapat ilmu hasil penulisan baik oleh orang lain. Bagiku, boleh membaca dan menulis novelis sekalipun jika kita ada Yang Satu di samping. Tulisanku ini hanya sekadar ingin memperbetulkan persepsi luar terhadap seorang penulis sepertimana beberapa orang yang pernah berkata kepadaku seblum ini.

Penulisanku terhenti di situ. Dua jam berlalu begitu pantas. Betul kata orang, waktu ibarat air sungai. Ia mengalir kehadapan tanpa henti dan tidak mengundur lagi.kita pula ibarat pengembara yang harus mendayung sampan kehidupan dengan sebaiknya dan berani berhadapan dengan apa jua perkara yang bakal merintangi haluan.

Penerbangan Air Asia pada satu sudut menampakkan kemajuan. Waktu berlepas sudah semakin hampir, semua beratur berpusu-pusu panjang. Aku sekadar cuba bertenang menutup komputer riba dengan baik setelah menekan butang save pada sisi Microsoft word yang ditulis tadi. Sepertinya aku ingin menunggu giliran beratur tertinggal pendek, barulah aku terpacak berdiri di belakang sekali. Aku cuba menyimpan tenagaku supaya masih berbaki di sana nanti untuk menggendong beg pakaian agak berat jika di pegang terlalu lama terasa lenguh.  Hampir dua puluh orang tersisa tinggal barulah aku menapak bangun untuk beratur.  Tapi berlaku perkara yang tak sepatutnya berlaku. Baru beberapa minit aku berbaris, orang ramai yang tadinya telah di lepaskan untuk keluar dari balai berlepas tadi berpusu-pusu masuk kembali memenuhi ruangan. Pegawai pengawal keselamatan kedengaran menyatakan ada masalah teknikal pada penerbangan. Aku kurang pasti adakah benar itu yang terbias di pendengaran kurang jelas . Teligaku memakai Earphone ketika itu mendendangkan sebuah nasyik bertajuk Anak Soleh nyanyian Aiman. Namun ku hamper kepada pasti melihat sekembali mereka duduk semula ke tempat duduk. Mp3 telefon di perlahankan. Aku menyapa seorang gadis setelah melabuhkan punggung de kerusi kosong sebelahnya.

“Kenapa sebenarnya tu?” Aku bertanya tanpa malu.
“Masalah teknikal.” Jawabnya. Sama seperti dugaanku.
“oh. Nak ke Labuan juga ke?” Tanyaku lagi, memulakan percakapan.
“a’ah. Dentist kat hospital lama kat Labuan tu. Awak pula?”
“oh. Akak la ni. Erm, saya student dekat umskal.”
“Akak nama apa dan orang mana?” Tanyaku lagi tidak mahu berhenti berta’aruf.
“Erm, panggil Kak siti orang Kelantan. Adik pula?”
“Saya Mimie. Orang Terengganu.” Balasku.
“Transit ke sini? Akak biasanya transit kalau dari Kelantan ke sini. Tapi hari ini akak dah memang kat KL dengn kawan-kawan. Kalau transit better ambil penerbangan MAS. Tidaklah terlalu lama menunggu. Kalau Air Asia ni, kita kena tunggu tiga jam. Tapi kalau MAS sekejap saja.” Ujarnya panjang lebar menguntum senyum di bibirku.
“saya tidak transit.” Rngkas jawapanku.
“Oh, naik bas la ni. Tak rugi ke masa dik? Bagi akak la, sama saja kos guna duit untuk flight transit dengan bas. Berbaloi dengan masa dan tenaga dik.” Ujarnya lagi membuka ruang agarku berfikir.

Aku mengangguk.

“saya sebenarnya suka travel kak. “ Jawabku. Senyuman simpul masih kemas cuba untuk aku terbitkan dari bibirku.

Memang ada betulnya juga katanya. Namun aku punya misi tersendiri mengapa aku lebih memilih jalan yang agak susah dan berbeza dengan insan lain. Bagiku, yang berbeza itu istimewa. Tidak ramai yang memilih jalan begini. Mungkin bimbang akan risiko terlepas flight jika tidak tahu jalan. Lebih-lebih lagi ini kali pertama aku memulakan pengalaman begini. Tanpa ada sesiapa teman menunjukkan arah.

‘Experience is the best teacher’. Pepatah itu muncul mengetuk fikiran. Kalau tidak dengan langkah pengalaman pertama ini, aku tidak akan mungkin tahu tentang kewujudan jalan menggunakan SkyBus atau Aerobus ini. Lagi pula, bukan itu sahaja alasan pilihanku. Aku juga berniat ingin mengeratkan silaturahim dengan kakak dan abangku yang jauh di KL. Lebih-lebih lagi kakak ku sudah pun bergelar isteri orang. Makin jarang lah pertemuan kami nanti. Sedang aku pula sudah di putuskan oleh mama, untuk pulang mungkin sekali setahun sahaja memandangkan cuti semester yang pertama ini hanya sebulan dan empat minggu tersebut terbahagi kepada dua. Dua minggu aku sudah memperuntukkan untuk menjalani aktiviti tentera bergelar sebagai aktiviti kokum palapes di jalankan hutan dan markas tentera. Baki tertinggal dua minggu pada pendapat mama hanya membazirkan tenaga dan masa serta wang untuk flight. Aku akui itu, namun aku benar-benar berharap akan aktiviti kem tahunan tentera yang dipanggil ‘Annual Camp’ tersebut dijalankan di semenanjung. Maka dengan itu, aku tidak membazir masaku dan tetap pulang setelah aktiviti. Cuma perlu membeli tiket untuk kembali ke kampus. Namun ianya agak tipis. 

Jadual begitu padat yang cuba ku atur rapi. Di mana lagi aku akan bertemu dengan kakak dan abang jika tidak di curi masa dengan cara sebegini? Pagi sebelum berangkat, aku benar-benar bersimpati dengan kejadian menimpa abang. Mungkin bukan jodohnya biarpun sudah menjadi pilihan hatinya selama ini. Bermula dengan pertemuan dan berakhir dengan perpisahan. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan. 

Mungkin ini salah satu jawapan istikharahku. Aku seringkali memohon agar Allah membuktikan padaku pernyataan mereka-mereka di luar sana yang sedang hangat bercinta. Dan adakah status 'tunang' tanpa sedar itu di bolehkan? setahu aku ia hanya jalan-jalan yang memudahkan kata memberi izin sesetengah dari kita membuat maksiat. Berbalas meseg serta kejadian saling berhubung melalui telefon. Bercakap penuh dengan berkasih sayang, sedangkan perhubungan itu belum halal adalah salah satu maksiat. Tangan melakukan maksiat dengan menaip meseg kepada bukan mahram yang di anggap 'tunang'. Hati melakukan maksiat dengan mengingati si dia yang belum halal singgah di hati. Apatahlagi jika keluar berdua? Berjalan seiring dan sejalan. Syaitan bergelak ketawa saat itu kerana sudah menang menarik nafsu remaja muda masa kini. Kebanyakannya kalah pada ujian hati dan perasaan.

Aku hanya pemerhati tegar segala kejadian. Kekurangan aku adalah tidak mampu berhujah secara langsung. Ayat tidak berjaya di susun rapi berbeza pula dengan menulis aku lebih senang memerah otak memberi kata mudah agar kita dapat berfikir sejenak. Islam menyuruh kita menjaga diri, keturunan dan agama. Apabila kita jatuh cinta, ini yang perlu dititikberatkan. Jika tiga perkara ini tidak di jaga, cinta itu akan di dorong oleh nafsu.

Cinta perlu di bina berdasarkan cinta kepada Allah. Itulah cinta yang paling tinggi martabatnya. Bukan setakat memberikan pengorbanan yang kadang-kadang entah apa-apa. Kita juga masih terlalu muda untuk semua itu. Namun memang ini ujian kita zaman sekarang. Poyo dikatakan jika seseorang itu tiada 'Boyfriend', balak, kekasih atau sebagainya nama-nama sayang bagi mereka. 

Cinta itu sebenarnya suci. Orang itu sendiri perlu mencorakkannya. Salurkanlah cinta itu dengan mengambil kira keredhaan Allah. Bila betul-betul tiba masanya, maksudku di sini ialah cinta untuk menjaga diri, keturunan dan agama, lunaskanlah ia dengan ikatan perkahwinan. Tapi, jika wang pun masih belum terkumpul, adakah di kira sudah tiba masanya? Masa akan tiba saat kamu berjaya memenuhi segala keperluan untuk sebuah perkahwinan. Bina lah cita-cita walau setinggi mana pun yang anda mahu, tetapi susun setiap perkara dalam hidup ini mengikut keutamaan. Allah keutamaan kita. Percintaan tanpa halal, tidak diredhai Allah. Sia-sia hidup kita tanpa redha-NYA. 

Jodoh itu Allah juga yang tentukan. Bercintalah dengan siapapun, selama mana pun, tetapi jika Allah tidak tulis itu jodohmu, tidak akan bersatu juga. Jadilah kita orang yang rugi kerana jauh daripada Allah semata-mata cinta pada makhluk yang belum tentu berpenghujungnya bahagia bernoktahkan perkahwinan. Sedikit sebanya ada syukur di hati ini pabila mereka berdua berputus. Aku begitu menyayangi abang. Aku faham kerana ini cinta pertamanya. 'Tetapi, matlamat tidak menghalalkan cara, bang.' Bicara yang selalu aku sembunyikan di dalam hati. Sebelum ini jelas terpampang di muka kakak. Alhamdulillah dia sudah pun memiliki percintaan yang halal selepas sah di nikahi tempoh hari. cuma tertinggal seorang abang yang memerlukan tanggungan yang agak besar jika ingin membina sebuah rumah tangga dalam masa yang singkat. Allah memakbulkan doa ini untuk abang, namun ada gusar di hati ini. Aku bimbang jika dia terlalu tertekan dengan kejadian itu. Sebetulnya mama menelefon mengkhabarkan keadaan abang dan kebimbangan mama terhadap kesihatan abang. Ia turut mengundang resah di hati aku.

Namun, Ada Allah tempat bergantung. Allah maha berkuasa ke atas sesuatu. 'Kun Fayaku adalah milik-NYA. Berdoa sahaja aku mampu di kejauhan ini mengharapkan keadaan abang baik-baik sahaja. Mama memintaku untuk memberi nasihat kepada abang dan turut mendengar luahan hatinya, namun aku kurang petah berkata-kata. Takut pula termati kata atau terpanah jiwa. Ya, Allah selamatkanlah keluargaku.

Setiap ahli keluarga itu memang sangat saling memerlukan. Sebatang pokok perlukan daun dan cahaya matahari untuk terus hidup subur. Sebuah rumahdapat diiktiraf sebagai rumahku syurgaku, memerlukan keluarga yang bahagia dengan cahaya keimanan. Apabila ada cahaya keimanan, hidup tidak akan sunyi daripada ujian. 

Ibarat sebatang pokok yang memeiliki daun yang hijau dan tumbuh subur dengan adanya pencahayaan yang secukupnya. Kadang-kadang mendung datang menurunkan hujan. Mendung itu suram. Tetapi di sebalik kesuraman itu, ada siraman yang membawa rahmat. Juga penting untuk sebatang pokok untuk terus hidup subur.

Begitu juga manusia. Ujian itu muram. Tapi itulah tarbiyah daripada Allah. Ada rahmat dan pengajaran daripada-NYA. Tanda DIA masih mengingati kita. Tanda DIA masih sayangkan kita. Ya, Allah masih sayangkan abang. Maka dengan itu aku mohon semoga abang menjadi seorang yang kuat dan bertabah hati. Biar seremuk mana hatimu terluka, maka bangun dan kembalilah menyerakan hati mu kepada Allah yang sememangnya pemilik segala apa yang kita pinjam dari-NYA. Maka tiada lagi kecewa yang mengundang duka, I'Allah.

“Perhatian, bagi penerbangan AK5172, Labuan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan masalah teknikal. Penerbangan ini tertunda sehingga jam dua setenagah petang. Terima kasih.” Bunyi yang kedengaran keluar dari pembesar suara itu tiba-tiba menghalau fikiranku tentang keluargaku itu. Aku memandang ke luar. Ada kemungkinan cuaca kurang elok.

Masa bergerak pantas, tiada lagi delay yang berlaku. Semua penumpang berpusu-pusu ke kapal terbang tersebut termasuklah aku. Hujan mula memperkenalkan diri sementelah aku mendapatkan tempat duduk seperti biasa dipilih di tepi tingkap.

‘ Ya Allah, selamatkanlah perjalanan ini.’ Dalam gentar, hanya Allah tempat berharap. Masa terasa begitu lama untuk memulakan penerbangan kali berbanding kebiasaannya. Mungkin juru terbang turut berselawat memohon perlindungan Allah untuk sebuah perjalanan yang membawa ribuan penumpang di dalam pesawat ini. Setelah hampir lima belas minit menunggu, akhirnya berjalan juga tayar pesawat memulakan langkah penerbangan. Hujan makin lebat menyiram bumi. Dalam kesamaran kabus penuh memenuhi ruangan tingkap tertutup di celah pandangan mataku, pesawat tersebut tetap meluncur laju membelah angin serta hujan namun agak rendah berbanding biasa. Debaran semakin terasa. Dalam hati hanya Allah yang tahu debaran yang ku sorok melalui muka tenang ini. Pesawat sedikit bergoyang-goyang di terjah angin. Kilat kian memancar.  Jantungku berdegup kencang. Ada pilu yang terasa mampat di dada. Ada sebak menggetar rasa. Aku menangis dalam hati.  Detik sebegini barulah aku teringat akan mati. Tidak sedar rupanya aku terhadap tetamu yang bernama kematian.

‘Jngatlah Bahawa Malaikat Maut Melawat Kita 70Kali Sehari. Dan Sunat Bagi Kita Manusia Mengingati Mati. Selamat Malam JANGAN Lupa Mengucap Dua Kalimah Syahadah. Manalah Tahu Meninggal Masa Kita Sedang Tidur ’

Sebuah kata-kata yang pernah aku post pada laman sosial kegemaran ramai iaitu facebook kembali berlegar di ingatan. Mudah benar aku melupakan setiap kata yang ku taip dan kongsikan kepada ramai. Betapa hipokritnya jika aku sendiri melupakan perkara itu.

“Allah, aku belum cukup amal. Belum membayar semua hutang-hutang kepada makhluk-MU serta segala amanah-MU yang tergalas dalam tekad diri ini, maka Engkau izinkanlah aku untuk terus hidup menyampaikan amanah di bumi ini. Aku masih belum mampu mengikis segala sifat mazmumah dalam diri ini sebelum pergi menghadap-MU, aku terasa tidak layak ya Allah. Astaghfirullah. Aku memohon ampun atas segala keangkuhanku selama ini berpijak di bumi-Mu tanpa membawa sebarang maanfaat. Ampunkanlah aku ya Allah..” Kepala terasa berat bagaikan di hempap gunung mengingati kesalahan laluku. Entah layak entahkan tidak aku memohon sedemikian. Tubuh seram sejuk memandang ke luar jendela. Bagaikan kapas-kapas lusuh berwarna hitam gelap pekat menghiasi lubang cermin jendela yang aku intai. Bagaimana pula keadaan si juru terbang itu? Adakah dia nampak? Allah, lancarkanlah perjalananku pada hari ini. Laju saja airmata hamba Allah yang selama ini sombong akan nikmat Tuhannya.

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Lirik Lagu Far East bertajuk Menanti Di Barzakh bagaikan menyanyi-nyanyi di segenap corong telingaku biarpun tanpa di pasang. Ranting ingatan terus mencantumkan memori-memori lama mengenai amalan sepanjang hidup. Allah, layakkah aku? Mata dipejam seketika membiarkan perasaan itu berlalu pergi. Salah diriku jarang sekali membacakan doa untuk meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Ya, aku belum menghafal sepenuhnya doa yang seri dibaca oleh Shahirah, sahabat lamaku semasa di matrikulasi Pahang.

Mata di buka perlahan-lahan. Halus cahaya matahari cuba mencuri masuk melalui jendela. Beransur sudah perginya awan penuh berisi kandungan air itu tadi. Aku masih belum melepasi daratan. Yakinku kini cuaca tersebut mungkin di sekitar kawasa Kuala Lumpur sahaja. Namun tidak pula di kawasan yang kalau mengikut peta, mungkin sekaran ini aku di atas angin kawasan Negeri Johor. Mungkin! Itu hanya anggapan tanpa analisis milikku. Namun begitu, terasa ingin bersujud syukur aku di situ dan ruangan begitu sempit menjadi penghalang. Alhamdulillah. Zikir tidak terhenti biarpun cuaca makin membaik. Allah, Terima kasih. Aku benar-benar bersyukur. Beberapa ketika kemudian aku terlelap tanpa sedar.Terjaga sahaja pesawat sudah mahu mendarat.

Ternanti-nanti akan aku sebuah amalan lebih terjaga dan istiqamah selepas ini. Ya, Allah terima kasih masih memberi kesempatan hidup untuk menambah amalan lagi. Hanya itu teringat di fikiran biarpun sudah lama terlelap. Bersyukur bukan kepalang. Malah Allah menambahkan lagi nikmat pada hari ini dengan rezeki-NYA yang melimpah ruah. Mulanya Kak Siti meminta Kak Na menumpangkan aku sekali setelah teksi tidak muncul. Kemudian diajak pula aku makan dahulu ke rumah terbuka sahabat kak Na. Seperti yang mengantuk disorongkan bantal. Itu lah layaknya bagi aku. Perut sememangnya berbunyi minta di isi. Alhamdulillah. Allah, Engkau Maha Pemurah.

Kakiku bagaikan terpaku apabila mataku kebingungan melihat keadaan rumah beta 6 yang menempatkan bilik Asmidar, sahabat kepada izati yang mengajakku untuk menumpang tidur sekali kerana sesampainya aku pada maghrib itu, pejabat Beta sudahpun tertutup kemas. Aku bercadang untuk check-in pada esok hari. Aku masih terkejut. Peralatan semuanya baru. Meja baru diberi ruang meletakkan buku dan dengan perubahan ini juga, pelajar tidak akan mungkin dapat membawa masuk meja ke dalam bilik lagi kerana meja tersebut telah dilekatkakan pada dinding dengan menggunakan skru.

Tersergam pula almari baru berserta katil dan tilam yang juga baru serta masih belum di buka plastiknya lagi. Sebuah pembaharuan yang mungkin lebih menyelesakan lagi para penuntut yang masih belajar di sini. Namun seperti biasa setiap perubahan pasti ada ‘pro’ dan ‘cotra’ tersendiri. Mungkin di pihak sana ini adalah sebuah peruntukan terbaik. Namun ada sesetengah pelajar lebih menggemari perabot lama kerana sudah terbiasa menggunakannya. Aku sudah berjumpa beberapa pelajar menceritakan ketidakpuashatian tentang penukaran perabot. Aku hanya mendengar dan mengiyakan sahaja. Sebenarnya diri ini benar-benar menentang, namun jauh di sudut hati cuba menerima.

Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi, kita merasa.

Serangkap pantun yang cukup untuk mengajarkan kita erti bersyukur.

2 comments:

  1. bagus ya blognya, ternyata tugas daie bukanya mudah ia penuh berliku,... selesai follow ukhti,, jemput follow balik diariemma.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih kerana sudi singgah. Ya, Ujian itu tarbiyah menguatkan lagi iman seorang da'ie. I'Allah. akan folow balik. jzzk. ;)

    ReplyDelete

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."