Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, September 13, 2013

Patuhilah kerajaan, jadilah rakyat yang bersyukur!



Erm, mungkin isu yang mimi ingin utarakan ini agak sensitif di bicarakan namun bukan bertujuan apa-apa, cuma ingin mengajak berfikir sebentar sahaja. Tidak rugi rasanya kalau kita cuba berfikir sejenak tanpa perlu menghentam sekerasnya terhadap sesutu yg belum kita kaji sepenuhnya bukan?

Cuba ambil pandangan ilmiah ini dengan cara buka sikit ruang befikir. Bukan dengan perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu kita tergolong dalam golongan yg misconception ni.  :)



"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia."

"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. huh!"

Selalu kita dengar ayat-ayat berbunyi begini kan? hmm...


Ok, disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka kita harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing.

Parti politik adalah satu badan orang-orang yg bersatu membina kepentingan negara dan rakyat melalui prinsip / pegangan / perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. 

Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan, maka mereka menggalas tanggungjawab yang sama ja.

Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan.

Tapi ingat! tiada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.

Memang menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan dan perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat.

Contoh : infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain.

Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka untuk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, jangan pelik, sebab tu dah memang kerja dorang.

Kita kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. kita / keluarga kita beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama juga barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang kita, sebgai rakyat.

Jadi semua, kalau kerajaan bagi bantuan / duit /elaun / apa-apa ja, tu bukan duit diorang kumpul dari kecil atau kutip sikit sorang antara ahli diorang, itu duit rakyat. Bukan juga duit mana-mana parti ya.

Tolong fahamkan benda basic ni. Sebab masa kerajaan yang dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional.

Tu bukan duit BN ya, itu duit kita, cuma modal dia pusing balik ja. Sila sedar. Lainlah kalau program parti, itu memang perlu guna duit parti tersebut. Tak boleh guna duit rakyat tau! :)

Jadi, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" ja cukup.

Slogan-slogan begini, makin buat rakyat keliru.

Bagi menentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan mengendalikan wang negara, bukanlah hanya dengan melihat jumlah perbelanjaan mereka saja, tapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara & kepentingan rakyat bukan utk diri / kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara.

p/s : Ini general statement ya.

Dan, berkaitan pekerja kerajaan ni.
Ya, mereka memang perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia.
Kita kan 1Malaysia! Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'.
Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong?

Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN.

Semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dalam Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan.

Betulkan persepsi kita. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?

Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hmm.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)

Maafkan mimie andai ada tersalah kata terlanjur bicara. Hanya berkongsi. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."