Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, September 6, 2013

Putus cinta bukti Allah masih sayang



Jatuh cinta? topik hangat juga kan?

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita. Post mimi kebelakangan ini kebanyakannya soal cinta. Lumrah dalam kehidupan ini, kita suka kepada mencintai dan dicintai. Biar sejauh manapun kita bergerak, kita tidak dapat lari dari memenuhi keperluan rasa hati iaitu berhajat kepada hati yang berbunga-bunga. Inilah fitrah kehidupan.

Atas sebab apa mimi cuba bangkitkan isu ini? Bukan sebab mimi yang baru putus cinta, tapi melihatkan remaja akhir zaman sekarang, bagaikan terpujuk rasa untuk mengajak berfikir sebentar.

Wahai remaja. Bagi kalian yang sudah terdetik hati untuk membaca biarpun cuma sepatah ketika. Habiskanlah pembacaan ini. Semoga Allah masih memberi secebis harapan buat kalian membersihkan hati kalian agar fitrah itu benar-benar melalui jalan yang halal dan benar-benar di bawah redha Ilahi. sila kan baca sayang.
Ramai orang ingin bercinta. Tetapi sayang, kenapa cinta yang berputik itu banyak memusnahkan? 
Apa erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? 
bila putus cinta membuatkan seorang insan merana. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Berbisa benar.

cinta itu sebenarnya tidak buta
redha la bagi yang sedang terputus cintanya
pasti akan ada hikmah disebaliknya
I'Allah nanti dapat lebih baik darinya.


kebanyakan manusia yang bercinta itu celik matanya. Tetapi kenapa yang bercinta itu mudah jatuh dan tersasar hala tujunya?  Biasanya yang bercinta cerdik IQ orangnya namun bila berputus cinta, bunuh diri dan mencelakakan diri juga jadi pilihan. kenapa begitu?

Tidak terfikirkah di benak, Allah merinduimu. Masih menyelamatkanmu dari cinta yang tidak diredhai-Nya? Mengapa mesti berduka jika Allah ternyata masih menyayangimu. Dia memisahkanmu dari si dia yang melalaikanmu. Dia rindu untuk mengajak dirimu untuk berdating di sepertiga malam. Dia rindukan rayu tangis di kala dirimu sedih yang sering dirimu ceritakan pada si dia. Tidakkah bererti Dia benar-benar menyayangimu dan merinduimu? Dia benar-benar ingin memberimu cinta yang lebih membahagiakan. Cinta di bawah redhaNYA. Tidak mahukan dirimu menyambut cintaNYA?

Tersenyumlah sayang. Kembalikanlah cinta yang kau curi dariNYA. sambutlah cintaNYA. Hatimu sesungguhnya milikNYA.


Perasaan itu fitrah dan akan terus kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Kepada para pemuda yang belum berpunya atau baru putus cinta, tabahlah dan teruskan berusaha mencari cinta yang diredhai Allah. 
Jika dapat memiliki seorang isteri solehah ianya ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. 
Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah, kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Begitu juga bagi gadis suci yang belum berpunya atau bagi telah pun diputuskan cinta olehNYA, singkirkanlah resah di hatimu. 
Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. 
Jangan risau, mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buatmu untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan cinta yang halal. Jika tidak di dunia, nun di syurga yang kekal abadi.


Dengarlah duhai remaja, bisikan ini tulus buat kalian semua. 
Dengarlah pesan ini, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. 
wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik,begitulah sebaliknya
(rujuk al-Nur: 26).  
Telah tercatat seungkap nama pasangan di luh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga. 


" Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi.Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan jiwa-jiwa yang kini sedang kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi, nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan. " -Fatimah syarha-


setakat ini sahaja madah kata yang mampu mimi tulis dan coretkan. Bertabah hatilah kepada insan-insan yang telah di takdirkan terputus hubungan. Allah masih menyayangimu. Masih merinduimu untuk dihadiahkan yang solehah buatmu. Yang halal. Yang diredhai. Tidak mahukah kalian menerima hadiah tebesar dari pencipta yang agung? usah lah bersedih bila terputus dengan makhluk. Lebih sedih terputus hubungan dengan Allah kerana cinta yang tidak diredhai Allah. Siapalah kita tanpa redha Allah sayang? Akhir kata renung-renungkanlah wahai remaja sekalian terhadap soalan ini.

" Cinta. Sebuah rasa hati dan mainan jiwa yang ramai terkandas dengannya. Cinta itu suci lagi bersih. Sebaliknya ada tangan-tangan illusi yang cuba bermain dengan cinta tanpa mengikut syariat, maka cinta yang suci tersebut mampu menghancurkan si pemilik tangan. Cinta itu putih lagi jernih. Sebaliknya ada mata-mata kejahatan yang memandangnya dengan pandangan songsang, maka cinta itu tadi langsung tidak membawa ke arah serinya bait-bait kehidupan."

3 comments:

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."