Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, December 20, 2013

Hati ini merindu


Selamat pagi semua. Mulakan hari-hari kita dengan bismillah dan selawat ke atas nabi supaya dipermudahkan urusan kita I'Allah.. Alhamdulillah..berpeluang menulis lagi.

Hari ini terasa agak suram sedikit tatkala hati merindukan dua orang sahabat pengarang jantung. Entah kenapa rasa teringin sangat nak mereka ada di sisi tatkala ini. mimi rindukan sahabat seperti mereka sebab apa ya? sebab mereka tak pernah putus asa menjaga mimi. meleter mimi. bukan dekat umskal ni tade,
tapi susah nak cari ganti sahabat seperti mereka la. sentiasa ada masa untuk kita. 
tak pernah tinggalkan kita. walau skrg dorang tengah jauh, masih sempat lagi dorang call mesg mimi tanya exam study. Allah. rindunya. :'(

UMSKAL
tade lagi stakat ni mcm mereka. 
hoho melampau la kalau nak ada yang sama kan..
tapi, memang sekarang ni Allah nak mimi berdikari.
dan Allah hantar mereka-mereka yang lemah, means selalu need sokongan mimi slalu sbb mereka always need support. kalau mimi tak support dorg down. tp bila mimi down..susah untuk ada org yang support.
jujur hati ini masih teringin di support.

baru je belajar erti persahabatan
ukhwah fillah tu bukan mcm ni dear mimi.
ukhwah fillah, mencintai sahabat walau dia lemah, kena terima segala kekurangannya..
kena kuat support mereka. sekarang Allah dh tahu kau cukup kuat untuk menjaga mereka meskipun diri kau sendiri sedang derita. kerana Apa? kerana DIA lebih tahu.

teruskan menjaga hati mereka.
teruskan menjaga kebajikan mereka.
teruskan brbuat baik pada mereka tanpa jemu
buatlah semua itu kerana Allah tanpa mengharapkan mereka membalasnya
kerana itulah tanda ikhlas sesungguhnya..

Once kamu tiada lagi nanti..
mereka pasti jua rasa kehilangan atas sebuah ketiadaan sesuatu yang simple
yang asalnya simple dan kecil itulah jarang dapat dijumpa sebenarnya
jadila yang begitu
never sad.
never leaved
because when u said its ukhwah fillah..
it's never end even untill you die.

"Hatta engkau terjun ke neraka sekalipun, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula. Kerana aku cintakan kau keranaNya. Mahu berpimpinan tangan masuk ke syurga.Ukhuwah ke syurga"

-Hilal Asyraf-


No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."