Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 20, 2014

CERPEN : Cuti bukan alasan


Kali ini mimi repost tulisan mimi tulis dan kongsi di FB. Supaya dapat dibaca lebih ramai. Selamat membaca. Semoga terisi. :)

"Eh, cuti nanti nak buat apa? Takut rugi dan terbuang saja cuti itu tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat " Nora bertanya kepada sahabatnya, fatin.

"banyak benda boleh buat sebenarnya. Benda yang paling penting saya nak buat is khatamkan buku yang banyak kali tertangguh untuk dihabiskan. Maklum saja la, kita student ni banyak sangat report, assignment, quiz dan test. so, cuti yang ada ni kita kena gunakan sebaiknya" Fatin menjawab dengan penuh yakin.

"oh, bagus-bagus!" Nora tersenyum sebelum bertanya kembali. "Lagi?"
fatin mula memandang tepat pada wajah Nora.

"Mengulang dan menambah hafazan Al-Quran" Nora tersenyum lagi.
"betul tu, hakikatnya, masa lapang ni kalau tak diisi dengan perkara-perkara yang baik, jadi ianya akan diisi dengan perkara yang melalaikan. Sungguh, manusia itu dalam kerugian melainkan mereka-mereka yang beriman dan berama soleh. Itu janjiNya..kan." Nora menambah.

"yup. dan cuti bukan alasan untuk melekakan mutabaah" Fatin menambah kata untuk sebuah perbincangan bermanfaat bagi mereka saling berpesan. Nora mengangguk. Dia juga resah tentang perkara itu. bagaimana dia ingin tetap istiqamah. hatinya gusar.

"Dulu selalu juga saya terfikir bila masa cuti ini susah nak jaga mutabaah. Sebab kalau kat UMSKAL, Masjid dekat (senang untuk dengar tazkirah dan solat berjemaah), tak ada tv, tak ada adik-adik yang perlu diberi perhatian, tak perlu memasak dan sebagainya. Bila di rumah, kita ini banyak sangat tanggungjawab. Kena memasak, jaga adik-adik, ada rancangan menarik di tv, perlu kemas rumah dan berjauhan dengan biah yang soleh." Fatin menyambung lagi.

" Jadi saya fikir disebabkan keadaan begitu, mutabaah saya akan sukar dijaga sepanjang waktu. Tapi fikiran saya ini berubah bila teringat kata-kata seorang sahabat lama" Fatin membuka buku yang di dalamnya tercatat tulisan. buku itu kemudian di bacanya.

---------------------

' berjauhan dari halaqah adalah sebab yang kuat untuk memperkasakan mutaba'ah amal, dalam masa yang sama memberi peluang kepada pemantapan diri secara fardhiah. Seterusnya menjadi tarbiyyah untuk diri dan orang sekeliling. Moga lebih banyak 'hati' lebih dekat kepada Allah. Di sinilah letaknya fungsi mutaba'ah amal dalam menjamin kualiti 'hati' yang baik, insyaAllah. Lalu, tiada lagi alasan untuk 'hanyut'!'

---------------------

" Alhamdulillah terisi wak. terima kasih.." Nora tersenyum.
" kita ini memang kena mujahadah untuk menjaga mutabaah bila bersendiri ini. Salah satunya dengan membaca buku-buku ruhiyah (rohani) dan harakiah (dakwah). ini peringatan untuk diri saya sendiri juga ni. hampir saya sendiri terlupa." Fatin bersuara resah bila ada yang berterima kasih sedemikian. kerana hatinya juga hampir terlupa dan setelah Allah mengingatkan kembali dengan perbualan begini dia kembali ingat.

" so, means cuti juga bukan alasan untuk meninggalkan buku, kan awak?" Nora tersenyum. Resahnya untuk menghadapi masa cuti berkurang apabila berbual dengan sahabatnya itu. Mereka tersenyum serentak.

" Dan setiap dari kita ni ibarat murobbi terhadap diri sendiri. jadi sebagai murobbi, kite kenalah siapkan diri dengan ilmu yang pelbagai supaya senang nanti nak sampaikan pada diri sendiri dan orang lain. kalau dulu time kuliah, kita selalu tak sempat nak habiskan buku-buku yang sudah kita beli. jadi, time cuti inilah kita gunakan masa untuk membaca buku-buku yang tertangguh bacaannya. Sekurang-kurangnya masa kita terisi dengan perkara yang baik. " Aliaa menyampuk dari belakang Nora bersama Nik.

"assalamu'alaikum..hee, menyampuk tak bagi salam." Nora mengusik.

"Wa'alaikumussalam. hee, excited dengar perbualan korang, kan Nik? " Aliaa tersenyum.

"kan? Dengar korang berbual mcam best je. saya rasa nak join. memang ada nak tambah tadi.. cuti ni juga bukan alasan untuk meninggalkan seruan dakwah kan?" Nik pula bersuara. suasana ruang tempat duduk depan G-shop makin bertambah dengan manusia.

" a'ah. lumrah. kebanyakan iman jatuh time cuti. tidak kuat menghadpi dugaan berdakwah dan dakwah mula terhenti. sbb tu kita kena biasakan diri kita, time cuti semester ni.. dengan membasahkan kembali hati dengan ilmu-ilmu Allah swt. jangan kita gunakan waktu cuti ini sebagai stesen untuk merehatkan diri daripada usaha-usaha dakwah dan tarbiyah. tiada cuti untuk seorang dai'e " sambung Fatin sambil tersenyum memandang mereka.

"masa cuti inilah tabiyah dzatiyah itu penting. Usrah dan program jangan ditinggalkan sebab, itu yang akan menjaga diri kita agar tidak futur, jadi lemah semangat dan terjebak dengan perkara yang sia-sia." Nora menambah sambil tersenyum.

"tapi dekat rumah susah pula nak ada usrah dan program2. kan? " Nik bersuara perlahan.

" takpe, masih boleh join usrah online. atau kalau susah online kita still boleh gantikan dengan mendengar kembali pengisian yang lepas-lepas atau lihat kembali nota-nota usrah dan pengisian. dan paling penting kita membaca dan menuntut ilmu dengan cara apa sekalipun. tidak semestinya usrah " Fatin memberi cadangan.

" I'Allah. sama-sama kita berpesan-pesan masa cuti nanti. " sampuk Aliaa.

" I'Allah..sama-samalah kita menjaga Masa. " mereka berkata serentak.

** Jika kita tak isi masa dengan perkara baik, maka ia diisi dengan perkara-perkara lagha. Semoga Allah sentiasa memimpin kita, selaku hambaNya yang sangat lemah dan hina ini. tiada daya upaya kita melainkan dengan kekuatan Allah jua. Sungguh, kita merancang dan Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik. **

p/s : repost hasil contengan lama dengan memimjam nama sahabat2.

Nora Hana , Aliaa Khalilah , Nik Nur Azira

Cerita ini rekaan semata sahaja.
Tiada kaitan dengan yang lain.
semoga bermanfaat. I'Allah.

#SALAM_RAMADHAN
#OTW_BALIK_KUALA_LUMPUR
#SELAMAT_BERCUTI.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."