Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 20, 2014

Cerpen : Kanak-kanak adalah bakal mujahidin islam akan datang.


Melihat wajah bersih kanak-kanak yang sedang riang berkejaran bersama adik-adik sendiri di dalam masjid, terbit satu rasa ingin mendekati mereka. Mereka semua ibarat kain putih yang suci bersih, perlu dicorakkan dengan celupan Allah (sibghatullah) agar mereka lahir dengan peribadi-peribadi yang akan membawa sinar baru untuk masa depan deen Islam. I'Allah.

" Hai.. Assalamualaikum. Adik-adik, main ape ni? Boleh akak nak ajak berborak kejap? " sapaku memulakan langkah mendekati. Hati ini sarat membawa harapan.

" Wa'alaikumussalam.." Serentak mereka menjawab dgn bersungguh-sungguh lalu duduk di sisi beramai. Ada yg tertunduk malu dan ada yg tersengih-sengih. Wajah mereka putih bersih. SubhanAllah. Cantik sungguh ciptaan Allah.

" Ni namanya apa?" Mengambil masa untuk ta'aruf sedikit.

" Aisya kak. Ni adik saya Nisha. Sebelah tu Aimi, kawan sekolah saya. Adik saya baru darjah satu. Saya dgn Aimi darjah dua. Sama kelas dengan Adik Firdaus. Betul kan adik akak nama firdaus?" Petah benar Aisya ni. Hanya senyuman mampu di ukir tatkala hati terasa kagum.

" A'ah. Adik akak la ni. " sambil pipinya ku cubit manja. Dia tersenyum.

" Adik-adik main ape tadi? "

" Main kejar kejar. Best kak. " Nisha pula menjawab.

"Wah. Bestnya. Ni, akak nak tanya sikit boleh?"

" boleh, boleh." Semua bersemangat.

" Adik-adik pernah dengar tak ada mak ke ayah ke atau cikgu sekolah beritahu adik adik pasal adab dekat dalam masjid?"

Mereka terdiam. Diam berfikir. Setelah itu menggelengkan kepala.

" Aisya pernah dengar papa bagitahu, kalau masuk masjid kena kaki kanan. Kalau keluar kaki kiri. Betul ke kak? Aisya tiba-tiba bersuara.

" Hmm.. betul. Pandai. Ia sebahagian dari adab kat masjid. Lagi?"

" Tu je kot. Entah. Yang lain tak tahu. Hehe..Akak ada tahu ke? " Aisya menggeleng.

" Ada. Meh akak cerita sikit ya. Sebenarnya adab ke masjid ada banyak.Tapi akak kongsikan satu je dulu ye. Salah satunya ialah kita dilarang untuk berkejaran kat dalam masjid. sebab kita kena menghormati masjid ni sebagai rumah Allah. cuba adik-adik bayangkan, kalau kita pergi rumah org, kita mesti duduk diam-diam bukan? sbb kita hormat tuan rumah. sama juga dengan masjid." Ayat cuba disusun dgn berhati-hati.

Mereka kelihatan sedang berfikir. Ada yg tersengih kerana sedar bahawa dia pernah melakukan hal tersebut.

Hujan yang turun sejak tadi telah pun berhenti. Kebelakangan ini, hujan dikampung Merchang agak keral myimbah bumi. Alhamdulillah. Rahmat dariNya.

Org ramai memulakan langkah pulang. Adik-adik tadi sempat menyalami dan kembali bersama ibubapa masing masing. Tinggal Firdaus bersama aku menuju kereta Abah.

" kak Ina, Allah tu.. ada banyak ke?" Firdaus mula bertanya membuatkan aku terperanjat besar. Dia kelihatan musykil. Mukanya berkerut. Mungkin sedang berfikir.

" Allah itu Maha Esa dik. Allah cuma ada Satu. kenapa ni dik" Soalku kembali. risau menjengah hati.

" Rumah Allah kan ada banyak.." Hampir tercabut jantungku mendengarnya. Ternyata benar kajian yg mgatakan.. kanak-kanak, otaknya banyak persoalan dan kreatif dalam imaginasi fikiran. Astaghfirullah. Hati ini berdoa agar diberi kekuatan dan ilham oleh Allah utk mjwb persoalan itu dgn pnjelasan yg terang. Habis analogi kufikirkan. Benarlah pesan seorg akk naqinah bgitahu, seorg daie kna byk mbc. Lama aku terdiam memikirkannya.

" Hmm...Adik. kalau pakcik Amin ada 3 rumah.. Adakah bermakna pakcik amin ada byak?" Mga dia faham ya Allah.. hatiku berdialog.

" Tak."

" Sebab?" Sengaja aku menyoal.

" Sebab dia kaya."

" Ye, dik. itulah jawapan akak. Allah itu Maha Kaya." Aku tersenyum. Alhamdulillah, dia kelihatan mengangguk dan faham.


No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."