Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, August 22, 2014

Cerpen : Persoalan budak GAZA.


Satu hari yang tenang di Gaza. BErtemankan terik mentari serta debu pasir yang suci. Hanya aku menyaksikan dari tepi pintu melihat ke luar rumah. Masih tidak mengerti kenapa ramai orang diluar rumahku membawa senjata. Berpakaian seragam. Sering memukul kanak-kanak lain. Aku masih tidak mampu berjalan. Bukan kerana aku bayi yang baru dilahirkan. Hanya kerana kakiku ditelan letupan.Bapaku selalu ceritakan setiap kali sebelum aku lelapkan mata, bahawa kakiku akan tumbuh di alam lain. Alam yang kekal, tiada cacat celanya dan segala-galanya tersedia. Tempat semua permintaan dapat ditunaikan. Namun, bukan semua mampu melangkah ke sana.

---

Jika kami syahid dan menemui Rasulullah di syurga, apa yang perlu kami beritahu pada baginda?

Adakah kami perlu katakan sebaliknya? Atau perlukah kami katakan kalian bukan saudara kami? yakni bukan umat baginda?
Jika kami syahid, jika Baginda tanya pada kami di mana umat baginda ketika kami memerlukan?

Hakikatnya, negara dimana saudara kami yang lain, yang tercapai mimpi mereka, serta memiliki segalanya, masih belum bangkit dari lena mereka yang panjang.
Atau perlukah kami berterus terang bahawa kamu hanya fikirkan tentang diri kamu. kamu tidak layak bergelar saudara kami.

kami tidak bermusuh dengan sebahagian kamu. sebahagian dari kamu yang kami maksudkan adalah yang bukan sekadar melafazkan amarah, tetapi bersungguh dalam doanya.

"bangunlah dari lenamu," pesan teakhir kami untuk kamu. sebelum kami melangkah pergi, menang sebagai mujtahid, mati sebagai syahid.

BOMMM!!

setiap penjuru kejiranan Gaza kembali 'meriah'. Tangisan, kejeritan dan kegelisahan membasahi tanah sudi ini. Tanah ini sekali lagi dihujanu dengan peluru berpandu. Gelap gelita api menelan perut bumi.

persoalan terus tertanya. apa perlu dijawab kepada Baginda tentang Tanah Suci ini? apa terjadi padanya? soalan perlu dijawab sekalian umat Baginda.

Tak perlu jawab..jika kamu bukan sebahagian dari kami!

p/s: Ayuh, doakan kesejahteraan dan yang terbaik untuk saudara kita di Gaza, Palestin!
 

2 comments:

  1. I hope that u will continue your writing for the next time.... Tak sabar untuk melihat karya adik akak ni.. teruskan berdakwah melalui penulisan ye... Sayang Mimie

    ReplyDelete
  2. Syukran kak. Amin. I'Allah. baru perasan ada komen. lama tak buka blog lantaran masa mencemburi. :)

    ReplyDelete

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."