Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Wednesday, August 20, 2014

CERPEN : Tarbiyah bukan paksaan.


Mimi repost yang dah mimi tulis di FB. supaya jadi koleksi cerpen yang pernah mimi tulis. Cerita tentang ramadhan bulan lalu. selamat membaca dan semoga terhibur. :)

" Una tanak pergi terawih lagi malam ni kak Ina. Una ada banyak kerja sekolah nak kena siapkan." Husna memberitahu kakaknya, alasan untuk mengelak daripada pergi terawih pada malam itu.

Shalina mengangguk sambil tersenyum. Dia meraikan alasan adiknya. Lagipun dia semakin faham tugas seorang daie. Dia hanya mampu mengajak sahaja.

" Nanti kalau Una rasa nak pergi, bagitahu akak ye. Kalau nak solat 8 rakaat pun boleh. Kita pergi dengan motor. Boleh balik awal. Abah mmg akan slalu balik lambat sebab dia selalu solat 23 rakaat. Kalau dengan motor, boleh balik awal. Boleh la siapkan kerja sekolah." Shalina berkata perlahan.

" Kak, kenapa dah tak macam dulu. Dulu akak garang. Semua kena pegi terawih. Solat kena 23 rakaat semuanya. tapi sekarang kami lima org solat 8rakaat akak xmarah. Semalam Una tanak pergi akak tak marah pun. Cuma setiap hari akak ajak kami berlima walaupun kami malas. Akak semakin pelik." Husna bertanya. hairan. Benar-benar aneh baginya.

" Ye ke? Erm.. mungkin akak dah ubah fikiran nak jadi tak garang? He. He. " Shalina terkejut. Tidak perasan perubahan diri sendiri. Orang yang berada disekitar lah yang akan menjadi cermin kepada dirinya.

" Ye ke ni? Macam tak percaya je..mane boleh tiba-tiba baik. Mesti ada sebab.." Husna kurang yakin. Dia belum berpuas hati. Semalam dia tidak mahu pergi dengan alasan yang sama. Banyak kerja sekolah. Banyak kali alasannya sama, namun tidak pula Shalina memarahinya seperti selalunya.

" Hmm.. mungkin akak mula sedar yang tarbiyah itu bukanlah paksaan. Tarbiyah itu seni, halus dan tak boleh dipaksa. Ianya perlu berinteraksi dengan keredhaan dan mengikut fitrah kemahuan seseorang manusia itu. Tiada paksaan dalam agama. Bukan?" shalina menerangkan. Dia berharap semoga adiknya itu memahami.

" Maksud akak?" Husna ingin mendengar huraian dari kakaknya lebih lanjut.

Shalina menghela nafas. Dia merejung wajah adiknya Husna dengan penuh rasa kasih sayang. Adik-adiknya yang lain sedang bersiap menunggu abah ke kereta. Husna bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini. Aina pula bakal PMR dan Aisyah pula UPSR. Hanya Firdaus yang tiada peperiksaan besar. Firdaus menjadi semakin rajin ke masjid setelah Abg sulung shalina, Rizal memarahinya tempoh hari.

Shalina Kemudianya menyambung kata-katanya lagi.

" Dik, tiada paksaan dalam beribadat. Mungkin dulu akak salah. Akak lupa nak hidupkan hati adik-adik akak agar dapat datang berterawih kerana Allah, bukan kerana akak paksa. Kalau adik-adik akak datang sekalipun, tapi bukan kerana Allah.. Ianya sia-sia. Tiada makna. " Shalina berharap adiknya memahami keterangannya kali ini.

" Oh. Begitu." Husna mengangguk perlahan. Dia semakin faham.

" Islam adalah sesuatu yang perlu dirasai. Org yg merasai dan menghayati Islam dalam hidupnya, dia akan sedar akan matlamatnya yg paling tinggi iaitu mencapai redha Allah. Malah lebih jauh daripada itu, kita semuanya sama-sama ingin melihat wajah Allah. Apapun urusan kita, ikatlah ia dengan Allah. Ibadah sunat seperti terawih itu akan mengukuhkan lagi cinta kita kepada Allah." Shalina mengulas lagi. Bicaranya sarat dakwah yang masih mencuba mengajak org kepada mencintai Allah.

Husna terdiam. Diamnya berfikir. Mungkin sedang menafsir apa yang baru sahaja didengarnya.

" Datanglah dik bilamana hatimu boleh berkata, kedatangamu kerana Allah dan bukanla kerana dipaksa oleh kak Ina atau abang Rizal. Jika hati tidak mampu berkata begitu, tidak datang adalah lebih baik." Pesan Shalina bersungguh-sungguh. Kali ini dia tidak mahu lagi adiknya itu menganggap terawih adalah satu paksaan. Dia lebih senang jika adiknya datang dengan kerelaan.

" Jadi, bagaimana? Nak pergi dengan motor?" Shalina masih mengajak. Husna diam. Shalina memberi dia masa untuk berfikir sejenak. Menunggu jawapan penuh harap. Kesabaran cuba dipupuk dalam dirinya. Firdaus sudah menunggu di muka pintu memberitahu Abah sudah turun ke kereta. Dia menantikan keputusan kami. Menaiki Motor atau dengan kereta iaitu pergi bersama Abah.

" Erm..nanti Una fikir dulu. kalau Una nak datang esok, nanti Una bgtau akak ea?.." Husna masih memikirkannya.

" Ok lah kalau begitu. Akak pergi dulu. fikirkanlah ye. nanti bgtahu akk ye." Shalina mengukir senyuman paling manis buat adiknya yang tercinta sebelum berlalu pergi bersama Firdaus, menuju ke kereta Abahnya yang sedang menunggu. Masih ada harapan. Adiknya memberi harapan untuk keesokannya.

' Tidak mengapalah, jika esok dia datang dengan kerelaan, itu lebih baik berbanding datang hari ini tetapi dengan terpaksa.' Shalina masih cuba tersenyum.

Hatinya tidak boleh terlalu mudah kecewa apabila insan-insan disayangi enggan menyambut panggilan darinya. Sebagai seorang daie, dia merasa tidak layak merasa kecewa. Apatah lagi merasa jemu untuk terus mengajak. kerana hidayah itu milik Allah. Dia mula mengingatkan diri tentang tugas daie adalah bukan paksaan dan hanya mampu mengajak sahaja.

Kerja-kerja untuk menjadi menara hidayah bagi orang lain bukanlah kerja senang. semakin banyak mencuba, semakin banyak pula akan teruji dan terluka. Kadangkala dia terasa terlalu lemah. Terasa diri tidak mampu. Malah pernah dia terasa tidak layak memikul tugas berat itu. Tatkala tamparan ujian hebat menimpa, hati yang rapuh ini akan mudah berbolak balik.

Mad'u itu adalah insan yang cukup bermakna dalam hati seorang daie. kerana merekalah galian-galian bergerak yang sudi Allah kurniakan buatnya. Denga

n kehadiran mad'u, seorang da'e itu berpeluang untuk merebut kemenangan dan janji Baginda saw iaitu :

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari" [HR. At-Tabrani]

'Ya Allah. Engkau bukakanlah pintu hatinya untuk merasai sepertimana Engkau berikan rasa itu kepadaku. Rasa indah dalam melakukan ibadat dan mencintai-MU sepenuh hati dan menjadikan islam sebagai cara hidup yang paling utama. Amin..."

Shalina memujuk dirinya dengan serangkap doa agar digerakkan hati mereka oleh Allah swt pada masa akan datang untuk menyahut seruan Ilahi.

' I'Allah suatu hari nanti.' Shalina berkata dalam hati. Hatinya rasa terpujuk.

p/s : Bermuhasabahlah wahai hati-hati yang teruji. Mugkin ada dosa-dosa yang menjadi hijab antara penyampaian kita dengan orang-orang yang diseru. Kita memang seharusnya bertekad untuk tidak akan melepaskan peluang dari baginda Rasulullah saw katakan dalam hadis tadi. Setiap hari panjatkanlah doa agar terus diberi kekuatan oleh Allah swt.
 

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."