Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, September 5, 2014

Cerpen : Bertemu cinta


Aina membuka jendela biliknya. Angin pagi mula memasuki lalu mengelus lembut ke mukanya. Biarpun dikawasan kota, namun paginya tetap berseri indah. Beberapa pokok-pokok ciptaan Allah masih tersisa. Aina menghayati lagu alam ciptaan Allah. Meyakini kicauan burung-burung berterbangan mencari rezeki itu sedang berzikir pada Allah tanpa henti. Bunyi deruan angin dan pokok jua tidak ketinggalan berzikir pada pencipta.

Hanya manusia sepertinya yang jarang membasahkan lidah dengan zikrullah. Memandang alam ciptaan Allah, cukup memberi muhasabah hati kepada sesiapa sahaja. Begitu jua pada Aina tatkala ini. Hatinya cuba untuk turut berzikir. Cantiknya resapan hidayah yang mula menjalar dalam hidupnya.

Kelihatan beberapa pasangan couple yang sedang berjalan menuju taman rekreasi. Lalu lalang di depan mata Aina. Tingkap biliknya menghala ke taman rekreasi tersebut. Mata Aina madih memerhati. Pasangan couple masih sakan berpelukan seolah dunia ini milik mereka. Tidak kurang juga berselfie. Berpegangan tangan. seawal pagi begini sudah ada yang ingin mencemarkan aura indah waktu pagi.

' Meluat tengok orang yang sedang sakan bercinta. Adakah inilah cerminan buat diriku yang dulunya jahil. Mungkin inilah pandangan orang padaku selama ini. Tapi apa pula pandangan Allah tika aku berdua-duaan dengan Faiz? Astaghfirullah, banyaknya dosaku..' Hati Aina bermonolog. Dia benar-benar insaf. malu kepada Allah.

Tanpa cinta nafsu, hidupnya lebih terasa tersusun. Semenjak dia diperkenalkan dengan Usrah dan tarbiyyah, hidupnya tenang. Rasa gembira yang sukar diungkap. Apatalah lagi pabila bermula dari situ, dia berkenalan dengan ramai kenalan yang sentiasa basah lidahnya dengan zikrullah. Kenalannya juga sentiasa menghidupkan suasana berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Hidup terasa sungguh tenang apabila bersama Allah sebagai teman. Semua aktiviti hidup yang dilakukannya untuk Allah menyebabkan aktiviti tersebut terasa cukup menyeronokkan. Malah, semua aktiviti itu lebih bersungguh pelaksanaannya atas dorongan kesedaran untuk dipersembahkan kepada kekasih Agung. Hanya kerja yang ikhlas dan bersungguh-sungguh diterima-Nya sebagai ibadah dan dibalas-Nya dengan redha dan maghfirah.

Aina rasa bahagia dengan nikmat ketengan yang sedang dirasainya. Kini barulah dia menemui rasa nikmat hidup berkekasihkan Allah. Hatinya tidak lagi resah menantikan mesej Faiz seperti sebelumnya. Tidak pula rasa gelisah kerana cemburukan Faiz andai dia bersama wanita lain seperti sebelumnya. Hiburannya bukan lagi dengan suara romantis Faiz tetapi dengan kalamullah yang mendamaikan jiwa.

' Ya Allah, ini rupanya nikmat yang ku perolehi pabila hatiku, kuserahkan untuk mencintaiMu. kekalkan nikmat ini ya Allah. Aku tak sanggup kehilanganMu lagi daripada hidupku'
Aina bermonolog lagi. Hatinya cukup menyanyangi hidayah yang merupakan hadiah dari Allah untuknya. Lama dia terpaku pada jendela.

Ting Tong. Aina menjeling. Bunyi itu dari telefon bimbitnya yang diletakkan diatas meja bersebelahan jendela. Skrin telefon dibuka. lalu tertera..
1 Message Receive.

Faiz rindu Aina. Rindu sangat. Apa salah faiz Aina? kenapa Aina tak nak kawan dengan Faiz lagi? Aina tahu kan Faiz sayang Aina sepenuh hati. Tolonglah Aina, jangan buat Faiz macam ni.. Pleaseee...

Faiz.
0145678901

Aina tidak membalas. Susah untuk dia menerangkan kepada Faiz. Dia sudah meminta untuk tidak dihubungi lagi. Dia ingin memutuskan perhubungan yang tidak diredhai oleh Allah itu lagi. Dia malu pada Allah.

Tiba-tiba irama telefon bimbit Aina berdering pula. Tertera nama dan nombor Faiz pada skrin telefonnya. Aina serba salah. Ini mungkin penerangan kali terakhir untuknya. Aina mengangkat. 

" Aina, apa salah Faiz? kenapa Aina menjauhkan diri dari Faiz?"

" Faiz, Aina tak tahu bagaima cara nak terangkan lagi kat Faiz. Dah banyak kali Aina bagi jawapan. Faiz tetap tak nak faham. "

" Aina, terangkanlah dengan jelas pada Faiz.."

" Kan dah banyak kali Aina cakap. Tak elok kita selalu berhubung macam ni. Kerap sangat Faiz Call. Kerap sangat bermeseg. Berjumpa lagi. Aina minta untuk hentikan semua tu. Aina tidak mahu lagi buat dosa. "

" Aina tak suka Faiz Call? Tak suka kita jumpa dan berhubung? Tapi kenapa? Apa dosa Faiz, Aina? " Faiz masih belum berputus asa. Jauh sekali hatinya untuk cuba memahami permintaan Aina.

" Faiz tak salah apa-apa.." Aina cuba menjelaskan lagi.

" Cakaplah Aina..," Faiz mendesak lagi.

" Faiz nak apa dari Aina sebenarnya?" Aina bertanya.

" Faiz memang ikhlas nak jadikan Aina isteri Faiz. Faiz akan tunggu Aina. Percayalah..Aina!" Faiz meluahkan rasa hatinya. Dia cuba meyakinkan lagi Faiz. Sudah beberapa kali ungkapan itu cuba diluahkan. Dia masih belum sedar walaupun niat ikhlasnya untuk menikahi namun ia tidak membawanya melalui jalan yang benar. Bercouple bukanlah salah satu usaha perkahwinan. Malah membawa dosa pada pemikiran Aina.

" Maaf, Faiz. Cukuplah kenangan kita dulu. Bergayut, berdating, apa faedahnya? tolonglah faham, Faiz. Aina nak cari cinta Allah. Aina tak mahu lagi hidup dengan khayalan macam dulu. Aina serik. "

" Kenapa Aina tiba-tiba jadi macam ni? Faiz tak faham.." Luah Faiz.

" Sebab ini jalan kebenaran! Aina dah insaf. Aina ingin berubah. Tolonglah lepaskan Aina pergi. "

" Siapa dah rasuk Aina ni?" Faiz keliru.

" Sedar tak, Faiz. Kau yang sebenarnya dirasuk nafsu?" Dengus Aina. Marah.

" Ok. okey! Faiz minta maaf. Faiz hormati kehendak Aina tu. Tapi takkan sampai nak clash? Faiz akan berdoa pada Allah supaya dapat Aina nanti."

" Faiz. Banyak lagi doa yang Faiz lebih perlukan. Bukan mendapatkan Aina yang boleh buat bahagia. Tapi cinta Allah. berdoalah kepada Allah agar Allah bimbing diri Faiz dulu. Faiz, bila rapat dengan Allah. Faiz boleh minta daripada Allah seorang wanita terbaik untuk Faiz daripadaNya. Dia lebig Mengetahui."

" Hanya Aina wanita terbaik yang pernah Faiz kenali. Faiz akan tetap mendoakan Aina." Ucap Faiz. Masih belum mengenal cinta Allah. Hanya Aina satu-satunya dambaannya saat ini. Dia masih belum menyedari hakikat semua itu milik Ilahi.

" Tak malu ke pada Allah, Faiz? berdoa pada Allah dan dalam masa yang sama, selalu call Aina? Allah tak suka kebaikan dan kejahatan yang bercampur aduk. Faiz, tolong lah faham. Jangan hubungi Aina lagi.." kata-kata Aina cukup tegas kali ini.

" Aina..kenapa benci sangat dekat Faiz? Apa salah Faiz? sepang hubungan ini, Faiz setia pada Aina sorang saja. Faiz tak pernah curang" Faiz merayu. Cukup tersiksa dengan sikap Aina.

" Faiz, cuba lah sekali. tolong faham. Kesetiaan awak tidak di nafikan. Tapi hakikat semua ini kerana Allah. kerana kesetiaan cinta kita selalu bersana, maka kita jadi curang pada Allah. Faiz, sebab Faiz, Aina pernah rasa jauh dengan Allah. Dunia cinta kita dulu, sia-sia. Tapi, Aina sedar. Sebab Faiz juga, Aina mula kenal Allah dan dapat nilai hakikat cinta Allah cukup berbeza dengan cinta dusta manusia.."

" Cinta Faiz bukan dusta"

" Bercinta dengan Faiz buat jiwa ni rasa gersang. Aina nak bebas dari belenggu cinta enta apa-apa. Rasa tenang bila jiwa rindukan taubat. Terima kasih atas segalanya. Tolong berhenti contact saya lagi! "

" Aina..." Faiz masih merayu.

Tik,tik,tik...

Aina menamatkan talian. Dia tidak sanggup meneruskan perbualannya dengan Faiz. Hatinya cukup benci pada dosa yang pernah dilakukan degan lelaki itu. Hanya doa diutuskan. Supaya Faiz yang sedang bingung pabila diputuskan olehnya itu tidak bertindak jauh kawalan. Dia berharap agar Faiz menemui hidayah Allah dan berhenti mengejar cinta fana.

p/s : Berhentilah mengejar cinta Fana. kejarlah cinta Allah. ia cinta hakiki.

_Mimie,2014_

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."