Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Friday, September 5, 2014

Cerpen : Terengganu, aku dah sampai.


Mendongak dari jendela bas. "Alhamdulillah..sampai pun.di kg. Pulau Rusa Merchang.."

Hati gembira tidak terkata. Siapa tidak gembira jika tiba dikampung tercinta. Sudah setahun terpisah dengan keluarga dan kampung halaman ini. rindu yang menikam terhadap kampung halaman kian berakhir.

Halaman rumah banyak yang sudah berubah. Tetapi aku masih dapat mencium lagi semerbaknya bau hutan, melihat rimbunnya semak di belakang rumah, ramainya kicau burung liar setiap pagi, dan paling aku ingin pastikan adalah pokok bunga yang aku tanam pada cuti dua semester lepas. Apakah berkeadaan baik sahaja? semuanya membangkitkan ingatanku kembali. Tidak sabar aku ingin melihat.

Aku mengangkat beg pakaian menuruni bas. Akhirnya kaki ini menyentuh kembali tanah di halaman rumah. Cermin mata cuba dibetulkan.

'Biar betul halaman rumahku?' Hati digetus. Terkejut bukan kepalang mengenai ketiadaan bunga yg ditanam. Entah angkara siapa.

" Assalamu'alaikum.." salam dilaung dari luar. Ramai mengintai dari dalam.

"Wa'alaikumussalam.." kelima-lima adik kesayanganku keluar meluru kearahku.

" kate, dop balik. Ade kem. Guane citer nim?" Lysa, adik pertamaku menyoal sambil menyalami tanganku.

"Hehe. Surprise! " kataku tersenyum sambil memeluk adik bongsuku, Aidil farhan yang sungguh comel. Dulu ditinggalkan masih kecil lagi bukan main berbeza dengan sekarang.

Semua adik-adikku, dipeluk satu persatu. Tidak sabar aku nak ajak mereka ini kenal sesuatu baru. Jumlah mereka yang begini sudah cukup syarat untuk diajak berusrah. Sepanjang dikampus, segalanya ilmu aku timba, tidak sabar ingin aku kongsikan pada mereka.

" Mie, pokok bunga..." Siti Aisyah tiba-tiba berkata perlahan.

" hah, baru nak tanya mana pergi pokok bunga mimi. " aku menyambung.

" ade haiwan makan. Babi."

" hah?! Tang mana plop buleh ade haiwan tu lagi kat sini.. kat kampus anjing. Sinim bende tu plop. Bila nak aman hidup ni..huhu." aku berceloteh sedikit geram.

"Hehe.." adik Firdaus pula tergelak. Tidak tahu hancur harapanku inginkan halaman dipenuhi bunga.

'Kacau betul la haiwan ni. Dop leh tengok org senang sikit. Haih' hati masih terkejut.

"Hmm..mama dengan abah mana? "

" mama de umoh sebeloh. Abah g kije. Dop balik agy." Nampak peka bila mendengar adikku Ainnur Mardhiah berbicara.

Setiap mereka ni punya gaya masing-masing. Sungguh aku rindu mereka.

" Tanye lake. Kak Mira ngan abang Rezza takmboh tanye etek? " mama pula mencelah dari belakang rumah. Aku meluru ke arah mama , menyalami dan memeluk lama bagai tidak mahu dilepaskan lagi. Rindu bagai terubat. Alhamdulillah. Allah telah menjaga mereka. Hatiku tersenyum puas.

Dan sudah pasti sekarang ini aku sedang bermimpi lagi. Mimpi yang memberi tanda bahawa ada rindu bertamu di hati. Dari insan yang di kejauhan ini. Moga Allah menjaga kalian semua dalam keadaan baik-baik sahaja. Amin..

p/s : Setahun aku tak balik terengganu. Apa jadi dengan kampung, aku sendiri tidak tahu. kakak aku cakap aku over..sebab bukan duduk oversea pun. SABAH je pun. aku jawap..tapi aku duduk over the sea.. haha. Sape tak rindu rumah? beratus kali aku cuba kuatkan hati. siapa yang tahu kan?

bagi yang membaca cerpen ini, jangan marah.
sengaja aku post balik cerpen begini. sebab.., 30/6/14 ( Tarikh flight pulang KL)

Aku rindu padamu. Terengganu.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."