Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Saturday, February 7, 2015



CERPEN : Air mata Iman.

lama sudah mimi tidak bersastera. rindu pula. idea datang dari Allah. semoga pemberian Allah dimanfaatkan untuk islam. jom baca. pendek ja. :)

------------------

Malam menyebarkan zarah udara yang nyaman. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini begitu sempurna. Kerosakannya berlaku hanyalah bahana tangan-tangan manusia yang tidak bersyukur. Maka kerana itu alam menjadi uzur dan kadangkala meragut nyawa penghuni sendiri. malam yang dingin dan nyaman menutup tirai hari ini untuk setiap kehidupan.

" Dila! buat apa kat luar dewan? orang semua kat dalam. " Dila menoleh tersentak.

Habis terbang semua keindahan alam sedang di tadabbur olehnya tadi. Airmata yang entah bila berlinangan di pipi dikesatnya cepat-cepat. Mungkin malu jika ada yang melihat dia sedang menangis. Sekuntum senyuman 'plastik' dilempar pada mira.

"Nangis ya?"

"Mata msuk habuk. Entah dari mana datangnya habuk ni." Dila cuba menyorok kebenaran. Mira pula tersenyum menyindir.

"hai..Kat sini banyak pokok dan rumput segar dan dingin lagi. rasanya payah habuk nak berterbangan di kawasan hijau macam ni. sebab segala partikulat udara sudah pun melekat pada daun-daun yang banyak ni."

' nah keluar sudah fakta-fakta geografi entah bila dia belajar ' Dila berkata dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.

"lagipun ayat Dila itu terlalu streotaip. kalau letak dalam skrip filem, Mira yakin filem tu takkan ada ciri-ciri keistimewaan lagi." tambah mira lagi.

Adila tergamam. Usahanya ingin mengelak gagal. nampaknya sahabatnya itu cepat menangkap pandang mutiara jernih yang sempat menyinggah di pipinya tadi.

"sejak bila pula jadi pengkritik filem ni. ?"Topik cuba di ubah lagi.

"Tengok kakilah. kecil punya hal lah!" Mira mendabik dada.

"Cakap besar" Dila mengutuk.

"cakap bohong lagi bahaya. salah satu sifat org munafik. jadi baik awak cakap betul-betul dila. Kenapa nangis ni?"

'Alahai sahabatku yang sorang ni..' Dila akur. dia sedar dirinya memang tiada bakat untuk menipu.

"Sedih ya dengan program lagha di kampus kita? dewan sesak pergaulan batas tidak terjaga? betul kan?" Mira meneka. dia sedar akan situasi berlaku. waktu itu berlangsungnya program karnival kokum. Situasi agak bercampur antara lelaki perempuan. petanda dunia akhir zaman. jauh di sudut hatinya turut sedih.

Dila mengangguk tanda membenarkan terkaan sahabatnya.

"saya pun rasa yang sama. tapi kita tidak dapat buat apa-apa tindakan. cuma mampu diam dan membenci dalam hati." Mira meluahkan rasa yang sama.

Dila mengangguk lagi. Di hatinya cukup benci. Namun terpaksa juga dia ke sana kerana dia masih mengambil kokum pada semester itu. Mahu tidak mahu dia terpaksa ke sana. hatinya terasa lega dan nyaman dapat mencuri keluar dari dewan itu.

Mira tunduk menekur rumput. Dia tahu sahabatnya sedih. Dia juga sedih. Bahkan pasti ada segelintir yang masih sedar akan semua ini pasti turut bersedih. entah ke mana hilangnya sesitiviti terhadap agama. terasa dunia benar-benar di akhir zaman. cukup sedikit sekali insan-insan yang masih ingin memperjuangkan agama. bahkan pentadbiran sendiri sudah hilang sensitiviti begitu. Mereka menangis dan dalam hati masing-masing tahu dan sedar akan lemahnya iman mampu mencegah hanya dalam hati. selemah-lemah iman. tapi syukur masi punya rasa itu daripada langsung tidak tersa apa-apa.

Pelukan hangat di antara dua orang sahabat diraih di bawah samarnya sinaran lampu malam. Angin bertiup lembut seakan cuba mendamaikan hati mereka yang kian banjir dihujani keresaha. lama mereka begitu. menunggu tamatnya program itu. untuk kembali berkumpul bersama persatuan masing-masing.

-----------------

jangan malu jika menangis untuk islam. menangislah sepuasnya. ketahuilah ianya sebahagian daripada..

"air mata iman"

dengan menangis di dunia, orang mukmin akan ketawa di akhirat. disanalah tempat hati dan jasad berehat. didestinasi terakhir itu tidak akan ada lagi tangisan. semuanya ketawa ria. dan itulah ketawa terbaik!

Kata bijak pandai, "One who laugh last, laugh the best.." Dunia tempat berduka, akhirat tempat bersuka. berduka kerana rindu kepada Allah. Bersuka kerana nanti dapat bertemu dengan Allah.

I'Allah.

:: Ihfazillah, Yahfazka ::
(Jagalah Allah, Allah Menjagamu)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."