Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Saturday, May 2, 2015



" Hai daie, Janganlah merajuk."

Hidup ini

perlukan mujahadah berterusan, 

Setiap hari pasti ada sahaja

perkara yang perlu di usahakan. 

Seringkas bangun pagi 
Perlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, 
begitu juga dalam belajar, 
kesabaran melayani kerenah sahabat, 
hinggalah keteguhan mendirikan Islam 
dalam diri setiap insan. 

Inilah kehidupan, 
Tidak lari dari, suka duka, 
perit jerih, dan susah payah. 

Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar
menyerahkan diri mereka kepada Allah, 
menggelar diri sebagai Dai'e,

mengajak jiwa-jiwa 
kembali tunduk pada Allah yang Esa. 

Malah mereka juga perlu menunjukkan kesungguhan 
dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. 
Dalam seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, 
kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, 
yang mengawal tutup buka nya ia.


Membuatkan kita kecewa dan putus asa 
apabila usaha tidak membuahkan hasil 
seperti yang kita jangka. 

Membuatkan kita terlupa tugas kita 
hanya pemberi peringatan, 
sedangkan natijahnya 
di bawah takdir Allah 
Yang Maha Kuasa. 

Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.


Di saat hati rajuk, 
mencari hikmah atas apa yang menimpa, 
Al-Quran menjadi tempat kembali, 
isinya penuh istimewa, 
pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. 

Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu 
untuk mengaitkannya dalam kehidupan, 
mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. 


Wahai Daie,
jangan diikut rajuk di hati, 
usah dilayan kecelaruan emosi,

tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. 

Melangkahlah dengan penuh hikmah 
dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. 


siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia 
kerana ia adalah urusan Ilahi, 
hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. 

Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar
gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah
sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan
(mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada
Tuhannya." 

(Al-Furqan:56- 57)

Dalam berdakwah
Bergantunglah kepada Allah

Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, 
segalanya mungkin terjadi, 
asalkan hati jernih mengharap redhaNya. 
Apa lagi yang Dai'e mahukan 
selain ketenangan dalam kehidupan seharian. 
Walaupun hidup penuh ujian, 
hati penuh taubat mengakui kesalahan. 


Inilah Dai'e Ilahii, 
tidak takut menghadapi salah, 
tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. 
Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. 
Berbekal ibadat di kala senang, 
menjadi keselamatan di waktu susah. 
Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa

mengira ketidakberhasilan hidayah, 
kerana tiap langkah di atas jalan

ini adalah kejayaan.

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."