Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Sunday, November 6, 2016


"Beb, berat lah musibah ni. Aku tak faham, apa salah aku? kenapa Tuhan hukum aku macam ni?"

'Musibah itu boleh gugurkan dosa kita. Mungkin kita rasa, kita tidak buat salah pada manusia. Tapi salah kita pada Allah pasti ada.'

"Apa dosa aku? Aku tak berjudi. Berzina jauh sekali. Apa lagi minum arak!" 

* * **

Skrip paling kerap diguna.

Ia berbentuk luahan dari hati.

Ya. Satu luahan jujur tanpa selindung.
Saat manusia benar-benar tersinggung.

Terasa dengan ujian Tuhan.

Baca skrip begini buat hati teringat.
Akan ungkapan ahli-ahli sufi.

'Rasa tidak berdosa itu sudah cukup dikira sebagai dosa.'

Rasulullah saw yang tidak pernah berdosa pun sentiasa kekalkan rasa berdosa sampaikan baginda bertaubat tak kurang 70 kali.

Rasa tidak berdosa itu satu dosa.

Cuba muhasabah sekejap.

Bagaimana solat kita?
Bagaimana hubungan kita dengan AL-Quran?

Memang kita tidak berjudi.
Tidak pula berzina.
Apatahlagi minum arak.

Tapi bagaimana solat dan Al-Quran kita?

Bagaimana pula amalan-amalan hati kita dengan Allah?

"Amalan hati tu macam mana?"

Sabarkah kita dengan ujian?
Syukur ke kita dengan nikmat?
Qanaah ke kita dengan rezeki?

Macam tu jugak dengan taubat kita daripada dosa-dosa lalu.

Takut ke kita pada AzabNya?
Berharap ke kita pada keampunanNya?

Malu ke kita pada kurniaanNya?
Gerun ke kita pada kebesaranNya?

Ikhlas. Taqwa.
Sangka baik dengan Allah.

Itu semua amalan hati.

Bila lalui musibah.
Bacalah doa ini.

"Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik darinya."

;)

* * **

Saya suka menulis.
Bahkan cintakan menulis.

Jadi kerap juga orang sindir saya.

Katanya saya diuji dengan kata-kata sendiri.

Tidak kurang juga ada yang terasa dengan tulisan ini.

Saya senyum.

Kerana penulisan saya ini,
Hanya perkongsian.
Dan kebanyakan tulisan saya,
Adalah untuk diri sendiri.

Berdasarkan pengalaman.
Tak kurang juga,
Perkongsian buku.

Betapa saya sendiri pun,
Masih gagal dalam menjaga,
Amalan-amalan hati.
Bahkan amalan sendiri.

Hasan Al basri pernah kata,
Menasihati tidak kena tunggu sempurna.

Nak tunggu sempurna,
Maka tiadalah nasihat didunia ini.

Kerana tiada manusia yang sempurna.

Setiap kali menulis,
Niatkanlah dihati.

Teguran untuk diri sendiri.

Hari ini orang lain diuji.
Hari lain, mungkin diri sendiri.

Semoga tulisan sendiri,
Yang pernah ditulis ini,
Akan diguna semula,
Saat saat hati sendiri diuji.

Aamiin. I'Allah. :)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."