Tajdid Niat

Tulislah perkara yang baik-baik, I’Allah orang lain akan dapat manfaatnya.

Monday, February 7, 2011

Seburuk mana pun cuaca, I'Allah tidak hujan selamanya.

 Alhamdulillah. kita mula pembacaan dengan berselawat seketika. I'Allah.

Allahumma sholli ala sayyidina Muhammad.. 3x



Hmm..Sebenarnya hidup ini Indah jika segalanya kerana Allah. Tapi, jarang sekali kita mengunkapkan, 
"Allah. Aku jatuh cinta padamu..

Dan apabila kita gagal sesuatu. Seringkali kita ingin putus asa. Di manakah cinta kita sebenarnya berpaksi? Agak puitis mendayu Mimie hari ini. Cukuplah ia sekadar mukaddimah untuk tajuk post Mimie hari ini. Jika semua perkara kita buat kerana Allah, I'Allah segalanya akan ok di hati kita. Niatlah kerana Allah untuk semua perkara dalam hidup kita supaya kita semakin dekat pada Allah dan mencintai RasulNYA Nabi Muhammad SAW dan menghidupkan ISLAM ini sehingga titisan darah terakhir. 


Nah hadiah: Word banner buatan mimie. maaf kurang cantik. pertama kali mimi buat. :)


Sentiasa berharap dan yakin pada Allah adalah bukti iman.Orang yang beriman, tidak akan memutuskan harapannya kepada Allah Yang Maha Penyayang.

Janganlah berhenti mengharapkan pertolongan yang menjadi hak orang-orang yang bersabar dan solat.

Sabar ialah menjauhi segala yang haram.

Janganlah pernah putus harap dalam hidup ini. Islam mengajar kita supaya jangan putus asa walaupun kehilangan atau kematian orang yang paling kita cinta.

Nabi SAW ketika dipukul, di jatuhkan dari unta, diludah, dihalu, dikoyakakn baju. Ketika pulang jumpa zainab ra. Zainab menangis melihat Nabi SAW diperlakukan begitu teruk . Nabi juga menangis kemudian bersabda, Islam ini akan sampai dari rumah dibandar atau dikampung.

Segala puji bagi Allah, kitalah yang dikampung dan dibandar itu. Ya Allah tambahkanlah rasa cinta dan kekuatan menghidupkan sunnah Nabi SAW dalam hidup kami.

Seperti doa Ummu Salamah ertinya, semuanya dari Allah, dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah ganjarkan atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik ( Hr Muslim)


Betapa buruk pun cuaca, insyaAllah tidak huja selamanya.Matahari-mu akan terbit. Tidak indah hidup ini jika malam selamanya. Atau siang selamanya. Atau panas selamanya atau hujan selamanya. Semuanya rahmat yang besar dari Allah - Credit to Ustaz Ebit lew

p/s : Ayuh kita terus berjuang membuat sesuatu hanya niat kerana Allah. Jom amalkan. :)

No comments:

Post a Comment

(sumber: Buku Memperbaharui Komitmen Dakwah by Muhammad Abduh)

"Meskipun kitalah yang benar, namun janganlah membesar-mebesarkan kelemahan dan kesalahan orang lain."